Isnin, 6 Julai 2015

Dr Maza sindir kaw2 Menteri-Menteri Najib!

“Janganlah kata ‘rakyat manja’ ataupun ‘jika mahal, jangan beli’ ataupun ‘jika nak jimat, jangan balik kampung’ ataupun apa-apa ‘ayat biadap untuk rakyat’.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata kerajaan sepatutnya melayan rakyat sama seperti layanan istimewa yang diberikan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau merujuk kepada layanan istimewa terhadap Rosmah yang dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis di Shah Alam baru-baru ini kerana beliau mengalami sakit lutut san tidak boleh tunduk.

Mohd Asri yang memuat naik statusnya di Facebook berkata, beliau tidak hairan jika seorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya.

“Apatah lagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk.

“Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati.

Janganlah kita kata ‘terlebih manja’, ataupun ‘kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai’ atau seumpamanya,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Asri berkata layanan istimewa yang diterima Rosmah itu tidak sama dengan layanan kerajaan terhadap rakyat yang menghadapi pelbagai tekanan hidup.

Katanya, kerajaan sepatutnya menunjukkan simpati jika rakyat tertekan kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat kerana kenaikan harga barangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Jika rakyat tidak mampu dengan tekanan belanja seharian, kerajaan wajar hulurkan simpati,” katanya.

Sama seperti isu Rosmah apabila rakyat dinasihat tidak membuat andaian melulu begitu juga dengan rakyat yang tidak sepatutnya dilemparkan kata-kata biadap apabila mengadu mengenai tekanan hidup.

“Janganlah kata ‘rakyat manja’ ataupun ‘jika mahal, jangan beli’ ataupun ‘jika nak jimat, jangan balik kampung’ ataupun apa-apa ‘ayat biadap untuk rakyat’.

“Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita,” ujarnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin adalah mufti yang berani membela rakyat kerana beliau berani menegur kesilapan dan kesalahan pemimpin kerajaan terhadap rakyat.

Malangnya ramai mufti yang takut menegur kerajaan jika kerajaan melakukan kesalahan terhadap rakyat. Bahkan mereka sanggup menjadi pengampu kerajaan.

Itulah perbezaan antara ulama tulen dan ulama tiruan.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata di bulan mulia ini seluruh rakyat Malaysia membuat solat hajat disetiap masjid ataupun surau selepas solat isyak sebelum terawikh diatas segala musibah yang melanda Negara kita ini. andai benar najib bersalah biar Allah tunjukkan kebenarannya. kalau najib dianiaya mohon Allah tunjukkan keadilanNya. kalau ini dikatakan najib dia menjadi mangsa fitnah, tiba masanya najib rasa pulak macamana orang yang difitnah rasa selama beberapa tahun yang lepas. Allah bayar cash je di dunia ni kan

Tanpa Nama berkata...

asri ni jenis suka ngumpat serupa mak jah.. dia ingat dia jer ler yg betui masuk syurga hahaaa lawak..