Isnin, 27 Julai 2015

Dr Maza Pertikai Bai'ah Hodoh PAS

Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.

Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.

Dengan 'mainan' politik kepartian, kata bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu, seseorang isteri kononnya boleh tertalak tiga gara-gara tindakan si suami.

"Justeru, teraniayalah isteri dan anak-anak di rumah hanya kerana perbuatan si suami dalam parti," katanya.

Kenyataan umum itu dibuat Mohd Asri dipercayai mengulas polemik antara kumpulan dalam PAS ketika ini yang berselisih pendapat mengenai bai'ah dilafaz wakil rakyat parti berkenaan.

Sesetengah bai'ah itu dikatakan turut 'mencagarkan' isteri seseorang calon pilihan raya apabila ia dikaitkan dengan talak.

PAS dikatakan mewajibkan semua bakal calon melafazkan ikrar itu sebelum dinamakan dalam mana-mana pilihan raya.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Jahaya turutmemberikan pandangan mengenai isu berkenaan.

PAS kini bergolak apabila kumpulan progresif - termasuk di kalangan wakil rakyatnya - sedang dalam usaha menubuhkan gerakan baru selepas mereka 'dikorbankan' dalam pemilihan parti awal Jun lalu.

Secara umum, kata Mohd Asri, beliau bersetuju dengan pandangan ulama silam, Syeikh Ibn Taimiyyah bahawa seseorang yang melafazkan taklik tanpa niat sebaliknya sekadar untuk meyakinkan atau menakut-nakutkan, talak tidak terjatuh apabila ikrar itu dilanggar.

Bagaimanapun jika taklik itu dilafazkan dengan disertakan hasrat mentalakkan isterinya jika sumpah dilanggar "kerana malu ataupun kecewa", maka talaknya jatuh.

* SECARA sinis aku cakap .. lepas ni geng - geng wanita atau mana-mana wanita yang ingin menjadi isteri kepada ahli PAS atau pemimpin PAS harus berfikir dua kali .. takut-takut tertalak dan jadi mainan baiyah PAS .. hodoh benar ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kalau pemimpin PAS tu pompuan mcmana.... baiah talak tu jatuh kt suami ke?

hahahah melompatlah suami tu kegumbiraan kot?