Selasa, 28 Julai 2015

Anwar terus dizalimi walaupun di dalam penjara

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah layanan yang diberikan oleh Jabatan Penjara Malaysia terhadapnya dengan mengenakan pakaian serba putih penjara ke mahkamah semasa perbicaraan kes qazafnya terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini.

Melalui satu kenyataan lewat hari ini, Anwar berkata, penyokong dan ahli keluarganya yang hadir hari ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur turut dinafikan hak untuk bertemu dengan beliau.

Ahli keluarga, pimpinan PKR danpenyoko ng hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan serta bersalaman dengan beliau.

"Namun tidak seperti sebelum ini, hadirin dihalang dari bertemu dengan Anwar malah dihalang dari berada di aras di mana pendengaran kes qazaf tersebut diadakan, ahli-ahli keluarga terdekat beliau juga dihalang dari bertemu Anwar," kata kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Kenyataan itu bagaimanapun berkata, selepas hampir sejam menunggu tanpa sebarang maklumat dari pihak mahkamah, dan hanya setelah hal ini dibangkitkan dengan pihak keselamatan Penjara Sungai Buloh, barulah ahli-ahli keluarga terdekat dibenarkan bertemu Anwar untuk seketika.

"Saya datang ke mahkamah untuk perbincangan kes hari ini dengan baju serba putih penjara sebagai tanda protes dengan layanan pihak penjara," kata Anwar, dipetik kenyataan itu.

Ia adalah susulan sebagai tanda protes layanan pihak berkuasa khususnya pihak penjara termasuk layanan yang diterima sewaktu lawatan ahli-ahli keluarga terdekat beliau sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Sebagai seorang ahli politik kanan yang banyak menyumbang kepada negara, Anwar tidak patut diberi layanan sebegini," kata Fami, dalam kenyataan itu.

PKR menggesa agar pihak Penjara Sungai Buloh dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar lebih prihatin tentang hal ini.

"Jangan lah terus menzalimi Anwar." – 27 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

Boleh pakai baju putih kira ok la tu.mujur depa tak bagi pakai baju okt dalam lokap polis.