Pergolakan serius kedua-dua parti politik utama Melayu ini merupakan satu peristiwa pahit yang seharusnya ditelan meskipun impaknya besar terhadap kestabilan politik negara.
Malah kedua-dua parti politik Melayu ini sudah ketandusan calon muda untuk mewarisi kepimpinan parti dan negara.
Hal ini berpunca daripada bebanan daripada kedua-dua parti yang kini sarat dengan “dinasour” politik sehingga mencetuskan krisis politik yang tidak terjangka.
Kedua-dua parti ini perlu mengenal pasti alternatif segera bagi menyelamatkan politik Malaysia kerana kestabilan politik Melayu merupakan asas kepada keutuhan perpaduan politik berbilang kaum di Malaysia.
Oleh itu, satu formula perlu diketengahkan dengan kadar segera untuk menyelamatkan masa depan Malaysia dengan mencari seorang tokoh muda moderat yang boleh mengembalikan kesejahteraan kepada rakyat negara ini.
Tokoh yang paling sesuai diketengahkan pada masa kini untuk menjawat jawatan sebagai perdana menteri ialah Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang jelas memiliki pendirian sederhana dalam isu agama dan politik.
Malah beliau juga dihormati oleh Umno, PAS dan parti politik lain di Malaysia. Nama beliau seharusnya diketengahkan bagi meredakan kecelaruan dan krisis politik yang sedang melanda negara daripada terus mengalami kerosakan serta mala petaka. –
*Tawfik Yaakub penganalisis politik dan calon Ijazah Doktor Falsafah Universiti Malaya.
Persoalannya, jika Dr Maza hendak dicalonkan menjadi PM. Parti mana akan diwakilinya? PAS? UMNO atau GHP / G18
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
6 respon:
wahahaha....si wahabi jadi pm,habis le kubur2 kat malaysia ni diratakan,batu2 nisan semua tu dah boleh buang ke laut jadikan tukun tiruan.....semua jadi bidaah nanti...mcm saudi pulak nanti
sokong dr maza jd PM
tp tulisan ini pun sudah boleh menyusahkan beliau
belum sempat jd PM lagi
kot2 ada yg marah dgn pencalonan ini
ingat tak bagaimana AsShaari Arqam ditangkap dan menerima padah gara2 buku Perdana Menteri Ke6
hhihii
this is malaysia la bro.... anak boss Ambankyg dibunuh tak berani masuk malaysia
munawar anees bersumpah tkkan jejak kaki ke bumi melayu ini lagi
sirul diberi lari dpd hukuman mati kerana sesuatu yg dia diperintah buat
kata mat sabu.. inilah malaysia tanah air ku
aku rs dr,maza x minat jawatan pm.......cukuplah sekadar jd pengkritik........
Lebih mudah mengkritik dari menerima kritikan.
KALAU WAHABI JADI ISU TAK PAYAH KAU PERGI HAJI NANTI
Bukan senang nak jadi PM walaupun berserban besar dikepala tak tentu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai PM sesiapapun kalau dah masuk politik lain pula caranya.Bukan Dr. Maza patuh dipilih tetapi pilihan saya adalah Lim Kit Siang supaya orang-orang melayu akan bergambung dan bersatu demi negara malaysia dan akan tahu kesusahannya nanti. Pilihan saya kalau tidak difikir betul2 akan hanyutlah melayu dibumi Malaysia ini. Maaf hanya pendapat sahaja.
Catat Ulasan