Katanya, Kementerian Kewangan mencari jutawan itu bagi mengemukakan surat untuk memaksa Low hadir ke pendengaran PAC berkenaan kes 1MDB pada 8 September.
“Kami tidak tahu di mana dia berada. Kami perlu mencarinya dahulu. Kami sudah meminta Kementerian Kewangan mencarinya.
“Jika mereka tidak tahu di mana dia berada, bagaimana mereka dapat serah surat?,” kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini.
MP Pulai itu berharap, laporan media yang meluas dalam kes ini akan membolehkan Jho Low mengetahui mengenai hasrat PAC dan hadir ke pendengaran tersebut untuk menjelaskan mengenai isu 1MDB.
"Beliau pastinya mengetahui mengenai perkara ini melalui laporan media dua hari lalu, beliau sepatutnya datang dengan sukarela untuk memberi penjelasan,” katanya.
PAC memutuskan untuk memanggil Low sebagai saksi susulan laporan awal oleh Ketua Audit Negara ke atas 1MDB, yang dikemukakan kepada PAC pada 9 Julai.
Selain Low, kerajaan juga mencari dua lagi bekas pengarah pelaburan 1MDB, Jasmine Looi dan Casey Tang.
* Wayang sudah bermula, apakah ini usaha untuk memperlambatkan pendedahan kegagalan 1MDB. Tambahan masa untuk Najib selamatkan 1MDB?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Cari yg nak jumpo je boleh la jumpo yg tak nak jumpo lalu dopan mata pun kata tak nampak.dpt jumpo bdak hantar surat sj.mem bdak dah mengakupun akaunnya.tak jumpo cari mem badak ke tak jumpo cari sohari.dpt jumpo duoharipun ok jugak
Catat Ulasan