Rabu, 8 Julai 2015

Anwar masuk hospital lagi

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dimasukkan ke hospital setelah peguam mendakwa keadaan kesihatannya membimbangkan.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi untuk rawatan lanjut dan dijangka ditahan beberapa hari.

“Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan (imbasan) CT scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau,” kata Fahmi.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ketua pembangkang juga telah bertemu dengan Anwar.

Salah seorang peguam Anwar, N Surendran, sebelum ini berharap pihak berkuasa dapat menyegerakan rawatan terhadap Anwar bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung kesihatannya.

Anwar antaranya dikatakan mempunyai masalah ketumbuhan 4cm di buah pinggang,susut berat badan 6 kilogram, otot bahu terkoyak serta masalah artritis kronik.

Peguam juga mendakwa pemeriksaan ketika ditahan di hospital sama sebelum ini tidak mencukupi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sebelum ini mengarahkan tindakan lanjut diambil bagi memastikan kesihatan Anwar setelah mendengar aduan itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: