Sabtu, 6 Jun 2015

Tuan Ibrahim kata dia sebenarnya mengharapkan dia kalah .. lawak ke ni hahahahaha

Timbalan Presiden PAS yang baru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, kemenangannya sebagai orang nombor dua dalam parti bukanlah sesuatu yang beliau
harapkan.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, beliau sebelum ini bernazar untuk melakukan sujud syukur dan menyembelih kambing sekiranya kalah dalam pemilihan jawatan timbalan
presiden.

"Saya sebenarnya bernazar kalau saya kalah, saya nak buat sujud syukur dan sembelih kambing," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di
Kuala Selangor hari ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim juga terkenang kepada pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah menasihatinya supaya
tidak menarik diri sekiranya menerima pencalonan.

"Jawatan bukan perkara yang nak direbut. Namun Allah letakkan harapan ini. Nik Aziz juga berpesan kepada saya, kalau ada pencalonan jangan tarik diri.
Kalau tak menang tak apa, jangan kecewa kerana harapan perwakilan," kata Tuan Ibrahim sebak.

Sehubungan itu, selaku timbalan presiden yang baru Tuan Ibrahim menasihatkan semua ahli supaya bersama mengukuhkan parti dan jangan menganggap kekalahan
dalam pemilihan sebagai "keluar rumah".

"Bukan soal meninggalkan atau keluar dri rumah tetapi kita perlu bersama membina rumah ini dan bergabung kekuatan yang ada.

"Insya-Allah mudah-mudahan PAS mampu membawa hasrat rakyat,"katanya lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

mohd shahran berkata...

ulama da bole tipu? maybe da dapat wahyu dari allah? kalau nak kalah jangan lawan la betul2 ikut presiden tolol

Omar berkata...

Pelik la TITM ni..jual nama orang yg dh mati utk menghalalkan tindakan mentang2 la orang tu dah tak boleh nak jawab.Awak yang nak bertanding kenapakah kaitkan dgn Allahyarham TGNA pulak...Betul ke apa yg kununnya TGNA cakap tu..

Aliyya Najihah berkata...

Bila pemimpin Islam tak bijaksana....

Tanpa Nama berkata...

Control Macho

Tanpa Nama berkata...

Itu ayat playsafe tu.......tak pe lah dia untung tak payah beli kambing untuk nazar ...tetapi ruginya .....harap dia mula mengira kerugian yang bakal diciptanya kerana mengikut hawa nafsunya mengejar jawatan dunia.....!!!

lagu tu laa berkata...

bakal jadi juara maharaja terlebih lawak,hang cakap kat geng wala' UG/GU 110% depa caya apa yang karutkan tu.hang lah ketua untuk tuc usin ceroi,nurul islam,keli laut elharaki untuk porak peranda keadaan baling batu sembunyi tangan.hahaha!

Tanpa Nama berkata...

pemilihan ala umoguk...atur satu satu ..betul islam yg diajar gitu...

PokAmid berkata...

Ni sorang lagi pemimpin yg kurang bermutu!!
Tk percaya? Tengoklah akn ucapan dan tindakannya nanti!

Unknown berkata...

Kah kah kah kah kah kah....macam sarkas daaa...