Sabtu, 6 Jun 2015

Muktamar PAS 2015: Hari terakhir yang penuh sindiran



"Sesiapa duduk di Selangor tahu betapa pentingnya tahaluf siyasi ni. Pemimpin jangan ambil mudah...wahai ulamakku ingat, memang Allah akan reda tetapi
Allah hanya akan reda dengan akal yang terbit daripada pemikiran yang waras," katanya lantang.Sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS 2015 menyaksikan pentas untuk mereka meluah, mempertahan dan merasionalkan prinsip dan pendirian masing-masing.

Pemilihan parti Khamis lepas menyaksikan golongan pro Pakatan tewas teruk kepada golongan ulama yang mendominasi semua jawatan tertinggi.

Malah, semua Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama turut dikuasai golongan pro ulama.

Bekas timbalan presiden dan naib-naib presiden yang tewas, ketika berucap pada sesi penggulungan itu, tetap mempertahankan pegangan mereka bahawa kerjasama
PAS dalam pakatan pembangkang amat penting untuk PAS mengukuhkan perjuangannya.

Ada yang merajuk, menyindir dan mahu melepaskan jawatan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman, yang dilihat pemerhati politik sebagai calon tunggal pro-DAP yang menang pada pemilihan itu, turut mengumumkan
untuk melepaskan jawatan AJK PAS Pusat itu.

Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden, dalam ucapan penggulungan juga dilihat penuh dengan sindiran apabila menyentuh hubungan
PAS dengan DAP.

Beliau turut mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Pengerusi Penang International Halal Hub.

"Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi ulama (Dewan Ulama PAS), nanti tak patuh orang cakap pula lawan ulama maka saya mulakan
dengan diri saya dan diikuti oleh rakan-rakan lain di Pulau Pinang," katanya secara sinis.

Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu lepas, dalam usul tergempar meluluskan usul parti itu memutuskan hubungan dengan DAP tetapi tidak dengan pakatan
rakyat.

Sementara hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 hari ini, menerima usul itu tanpa dibahas sebaliknya akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat.

Mohamad yang tewas kepada pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat pro-ulama, secara sinis berkata PAS akan lebih kuat apabila bersendirian.

Secara sinis beliau mencadangkan PAS perlu bertanding semua kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebab PAS kuat di Sarawak.

Kalangan perwakilan yang dilihat seperti pro Pakatan, turut mengambil kesempatan mempertikaikan keputusan untuk tidak membahaskan usul Dewan Ulama yang mahu
memutuskan hubungan dengan DAP.

Perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan, Mohd Faiz Fadzil bangun selepas Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mahfuz Omar memaklumkan bahawa usul itu tidak
akan dibahaskan hari ini kerana ia usul yang sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS, berkata usul berkenaan perlu dibincangkan di peringkat pimpinan kerana dibimbangi ia akan menjejaskan kedudukan
parti itu di Pulau Pinang dan Selangor.

Seorang lagi perwakilan dari Kota Raja, Selangor Norhalim Sirome turut mencadangkan agar usul itu dibincangkan dalam muktamar khas agar ia boleh dibahaskan
kerana melihat bertapa pentingnya tahaluf siyasi.

"Sesiapa duduk di Selangor tahu betapa pentingnya tahaluf siyasi ni. Pemimpin jangan ambil mudah...wahai ulamakku ingat, memang Allah akan reda tetapi
Allah hanya akan reda dengan akal yang terbit daripada pemikiran yang waras," katanya lantang.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata
golongan pro Pakatan memang tidak berpuas hati dengan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

"Persoalan sekarang ialah apa seterusnya yang akan berlaku selepas keluarnya luahan kekecewaan daripada tokoh-tokoh yang kalah ini. Umpamanya Mohamad Sabu
menamatkan ucapan beliau dengan menyanyikan lagu sedih, minta pemimpin baharu menjaga PAS baik-baik," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di akhir ucapan penggulungannya, mengajak semua bersama-sama meneruskan perjuangan parti dan yakin bahawa perjuangan
itu sekali pun jika terpaksa bersendirian kelak, mereka (PAS) akan tetap dirahmati Allah.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Seelok pas minta kluar pakatan dan pr pun tedang le pas ceoat cepat.. Pru 14 bkl menjelma... Xelok utk pas dan pr utk saling bertindih letak calon kecuali mereka tlah betul betul

Unknown berkata...

Sayang islam,cerai dap.Sayang jawatan,com pungkok dap.Macamana wahai pas???