Rabu, 24 Jun 2015

Skandal terbaru: Najib pasti gelisah lagi ..

Malah, urusniaga tersebut mendapat kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak sebagai pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera.

Urusniaga Pembelian Hartanah Melbourne Ikut Prosedur - Annuar Musa


KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa mengakui urusniaga pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang
dikendalikan anak syarikatnya, Mara Incorporated (Mara Inc) dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malah, urusniaga tersebut mendapat kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak sebagai pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera.

"Urusniaga tersebut bermula pada 2012 dan diluluskan Mara Inc pada akhir 2012 dan dibawa ke Majlis Mara untuk kelulusan pada Mac 2013.

"Seterusnya ia dibawa untuk kelulusan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, sebelum ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri untuk kelulusan,"
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkenaan dakwaan wujud unsur rasuah dalam urusniaga pemilikan hartanah Mara di Australia seperti dilapor
akhbar The Age.

Annuar berkata, pembelian blok pangsapuri itu dibuat berasaskan penilaian oleh syarikat penilai (hartanah) profesional.

"Di peringkat Mara urusniaga pembelian dilakukan mengikut proses yang ditetapkan. Sudah tentu pembelian berasaskan penilaian oleh penilai profesional,"
katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Barisan Cai yg ada dah tak laku kalau buat ceramah, tak ada sapa nak bederma tabung.. Ustaz ustaz gini kelaku kamu berpolitik ye. Ingat dgn menang jawatan parti dan jadi calon boleh jadi wakil PRU dan menang ka. Sorry siap saiaga la hilang wang pertaruhan.
Biar yg ego dan tak sedar diri saja yg akan mengundi kamu. Aku katakana sorry tak lg akan undi puak kepimpinan cai kamu ni

Telur dan maruah kamu barisan Cai dah hancuss.