Rabu, 24 Jun 2015

Keluarga Anwar mohon batal keputusan Lembaga Pengampunan

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan 2 anaknya memfailkan tindakan mengarahkan Lembaga Pengampunan menyemak semula keputusannya tidak mengampunkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan atas kesalahan meliwat.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Daim & Gamany.

Turut dinamakan dalam permohonan itu ialah Anwar sendiri yang merupakan ketua umum PKR.

Dalam permohonan mereka, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha mahu mahkamah membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu dan mengarahkan
lembaga itu bermesyuarat semula bagi mempertimbangkan petisyen pengampunan dan menasihati Yang di-Pertuan Agong tentangnya. – 24 Jun, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu......