Selasa, 2 Jun 2015

Punca sebenar Saiful Bukhari tarik balik saman tersebar ..

Mohd Saiful Bukhari Azlan memutuskan menggugurkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana proses perundangannya panjang di samping tidak mampu menanggung kos guaman.

Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau memutuskan untuk menggugurkan saman RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tidak mampu lagi menanggung kos guaman.

"Saya ada kes yang bagus namun proses perundangannya panjang dan berliku dan saya tak mampu menanggung kosnya," kata Saiful dalam satu kenyataan kepada media menerusi peguamnya, Zambri Idrus.

"Sudah 7 tahun saya turun naik mahkamah bagi membuktikan kesahihan laporan polis saya," kata Saiful yang kini bekerja sebagai agen insurans.

Menurut Saiful, beliau tidak mahu kes sivilnya itu dieksploitasi pihak yang tidak berkenaan apabila ia dibicarakan.

Pagi ini, hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan mengetepikan kes itu sewaktu pengurusan kes apabila Zambri memaklumkan anak guamnya ingin menarik balik saman itu.

Hakim sebelum ini menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh perbicaraan.

Saiful sebelum ini meminda rayuannya yang menggesa mahkamah memutuskan Anwar perlu bertanggungjawab kerana beliau disabitkan kesalahan liwat dan perlu membayar Saiful ganti rugi.

Namun, Anwar menghalang langkah itu atas alasan sabitan kesalahan seksual tidak boleh diguna pakai dalam saman sivil, kata peguamnya Latheefa Koya.

Dalam kes jenayah itu, Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April tahun lalu yang memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantunya Saiful dan dihukum penjara lima tahun.

Pada 23 Jun tahun lepas, Saiful, 30, memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat Anwar sebagai alasan tuntutan.

Dalam kenyataan tuntutannya, Saiful mendakwa Anwar menuduhnya berkonspirasi dan memfitnahnya menerusi laporan polis.

Saiful berkata beliau tidak berbohong dalam laporan polis mendakwa diliwat Anwar dengan kejadian terakhir liwat berlaku di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di Kuala Lumpur pada 2008.

Saiful juga mendakwa dipandang rendah masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya dan beliau diperlekehkan di laman media sosial.

Anwar dalam pembelaannya menafikan beliau meliwat Saiful dan berkata tuduhan itu palsu.

Katanya, bekas pembantunya itu tidak mempunyai sebab munasabah dalam tindakannya serta saman fitnah itu remeh, menyusahkan dan satu salah guna proses mahkamah. – 1 Jun, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Saiful Juburharihari, tahan berak berhari-hari...

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada kes dan harapan besar boleh menang mengapa tak teruskan. Jangan-jangan kau ni kelentong tak atau takde orang sanggup nak labur boleh dapat untuk 50 juta!!

Tanpa Nama berkata...

Tak ada pelabur jubur je ada dpt mkn sekerat jln je.jgn nanti jubur terkerat sudah

Tanpa Nama berkata...

nasib baik lu ada jubo yg baik sialfool....bley gak lu niaga kan....kahkahkah