Selasa, 2 Jun 2015

Mahathir buat hal lagi ..

"Bayangkan, meminjam wang, anda hanya dapat 90% daripada wang yang anda pinjam pada kadar faedah yang tinggi. Itu sangat bodoh,"kata Dr Mahathir. NAJIB bodohlah tu...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih mempercayai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berbanding Jabatan Audit Negara bagi menyiasat skandal yang melanda 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini kerana, katanya, PAC mampu menyelidik latarbelakang syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu dan bertanyakan pelbagai soalan yang berkaitan mengenai semua dananya yang tidak dapat dikesan.

"Mereka hanya memeriksa akaun tetapi mereka tidak akan temui banyak perkara kerana mereka yang menyimpan buku kira-kira ini mungkin orang yang sangat pandai," kata Dr Mahathir pada satu ceramah malam ini yang dianjurkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, jika PAC menjalankan kuasanya sepenuhnya, ia boleh memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan mengapa wang 1MDB hilang.

Beliau berkata, PAC boleh bertanyakan soalan terhadap perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, mengenai ke mana wang 1MDB itu dilaburkan, mengapa ia meminjam wang pada kadar faedah yang tinggi dan mengapa ia membayar komisen terlalu tinggi.

"Bayangkan, meminjam wang, anda hanya dapat 90% daripada wang yang anda pinjam pada kadar faedah yang tinggi. Itu sangat bodoh,"kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, selama beberapa tahun kebelakangan ini beliau banyak bersabar dengan Najib, tetapi isu 1MDB mencabar kesabarannya selama ini.

"Banyak perkara yang dilakukannya tidak bagus atau produktif kepada negara, tapi saya tahan diri saya. Namun bila datang isu 1MDB. Saya menyelidik perkara ini dengan berhati-hati, saya bertanya kepadanya apa itu 1MDB, jawapannya tidak memuaskan hati."

Dr Mahathir berkata, Najib menjelaskan kepadanya, model perniagaan 1MDB ialah membeli syarikat pada harga yang rendah, kemudian menjualnya pada nilai yang lebih tinggi.

Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menerima perkara itu kerana, "kerajaan berperanan memungut cukai", bukan "membeli dan menjual syarikat".

Katanya, beliau juga tidak dapat menerima kegagalan perdana menteri menjelaskan di mana dana 1MDB berada, memandangkan syarikat itu ditubuhkan dengan menggunakan wang yang dipinjam dan disokong kerajaan.

"Jika anda menggunakan wang kerajaan, anda mesti berupaya menjawab setiap sen yang dibelanjakan," kata Dr Mahathir.

Kritikan semakin memuncak sejak syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan itu, yang ditubuhkan pada tahun 2009, mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion dan disokong oleh Putrajaya.

Jabatan Audit Negara kini sedang memeriksa akaun 1MDB sebelum mengemukakan laporan awal kepada Parlimen pada Jun ini manakala PAC mula melakukan siasatan ke atas syarikat berkenaan sejak 19 Mei lalu. – 1 Jun, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: