Khamis, 4 Jun 2015

Siapa yang sudah memiliki ciri sekular dalam PAS tu Haji Hadi?

“Maka di sana wujud kalangan yang mahu menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan tasyaddud,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor pagi ini. – 4 Jun, 2015.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan wujud perbezaan 2 kumpulan dalam PAS antara golongan ulama dan profesional sebaliknya beliau berkata,  tempias sekularisme mula meresap ke dalam saf gerakan Islam.

Presiden PAS itu berkata parti Islam itu sebelum ini sudah membuktikan 2 golongan itu saling melengkapi yang memberi sumbangan kepada ekonomi dan dasar antarabangsa.

“Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisme yang diwujudkan untuk menghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam saf gerakan Islam.

“Usaha sebegini dilakukan musuh Islam di seluruh pelosok dunia, dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud dalam saf kebangkitan Islam terkini.

“Maka di sana wujud kalangan yang mahu menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan tasyaddud,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor pagi ini. – 4 Jun, 2015.


* aku tertarik dengan kenyataan ini:

“Maka di sana wujud kalangan yang mahu menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan tasyaddud,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor pagi ini. – 4 Jun, 2015.

1. siapa golongan dalam PAS yang mahu menang secara cepat dan tergopoh-gopoh? Apakah golongan profesional seperti Husam, Mat Sabu, Hanipah dan lain-lain?

2. Siapa golongan sekular dalam PAS yang Tuan Presiden maksudkan?

3. UMNO tengah lemah sekarang, peluang itu jarang-jarang berlaku. Dan apabila UMNO kuat kembali, jangan harap peluang 'tergopoh-gopoh' ini muncul kembali. UMNO akan terus menutup peluang yang hanya seketika ini.

4. Memang Allah penentu segalanya tapi apakah dengan hanya kita berpeluk tubuh.

5. Sekarang nada Tuan Presiden sudah berubah setelah ada pencabar jawatan itu. Sebelum ini, bukan main lantang Presiden dan beberapa yang lain ingin bersatu dengan UMNO.

selamat bersidang....

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Dengan budak tadika bolehlah Hadi auta, tapi ramai ahli PAS yg mampu berfikir lebih laju. Satu contohnya Hadi dulu masa nak buat keputusan sama ada menyokong Wan Azizah ketika PRK Kajang, punyalah slow bertindak buat keputusan malah lebih lembab drp siput. Hadi tidak memiliki gaya pemimpin yg proaktif, asyik tunggu, lihat, tunggu dan lihat. Terengganu boleh terlepas kpd BN pun hanya boleh lihat sajalah. Puas hati?