bersetuju mewujudkan kerajaan campuran ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.
Dalam satu wawancara secara eksklusif bersama Sinar Harian, Ahmad berkata beliau menolak tawaran tersebut kerana berpegang kepada prinsip tidak bersetuju
adanya kerjasama dengan Umno.
"Semasa saya berkhidmat dalam kerajaan pernah berkali-kali saya ditawarkan untuk masuk Umno. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya, kalau saya nak dunia,
nak duit nak pangkat, saya ikut dan jadi orang Umno, selesai.
"Malah tawaran terakhir saya yang saya dapat daripada Umno ialah semasa menubuhkan kerajaan negeri Perak, kalau saya bersetuju PAS dan Umno tubuhkan kerajaan,
lainlah ceritanya sekarang," katanya kepada Sinar Harian.
Kerana keengganannya bersetuju dengan cadangan tersebut, Ahmad dikecam menjadi punca tidak tertubuhnya kerajaan Melayu - Islam di Perak.
Katanya, apabila beliau menawarkan diri bertanding jawatan presiden PAS, ia menimbulkan keresahan kepada Umno.
"Jadi tidak peliklah bila saya bertanding jawatan presiden, Umno pun resah dan menggunakan akhbar mereka untuk memburukkan saya sebab saya berpegang kuat
kepada prinsip iaitu Islam," katanya.
Bekas naib presiden PAS itu juga menyimpulkan perjalanan pemilihan yang dianggap panas kali ini hampir menyerupai seperti ketika parti Islam itu memenangi
Terengganu pada 1999.
"Masa PAS menang di Terengganu ada berlaku sedikit krisis terutama dalam memilih pemimpin untuk mentadbir Terengganu. Krisis PAS Terengganu pada masa itu
semua saya tahu, kesimpulannya semangat kedaerahan berlaku.
"Jadi bila kita baca balik perkara itu, krisis dalaman yang berlaku pada masa itu terjadi juga pada masa ini. Tidak baik kalau semangat kedaerahan berlaku
dalam PAS," katanya.
Ahmad berkata krisis dalaman PAS berpunca daripada pihak yang enggan berpegang kepada tanggungjawab dan peranan mereka seperti mana termaktub dalam Perlembagaan
parti.
"Ia seolah-olah masing-masing boleh keluarkan hukum dan sebagainya," katanya tanpa menamakan secara khusus siapakah pihak dimaksudkan. – 4 Jun, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan