Katanya, memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau masih boleh berkhidmat dari luar parti bersama mereka yang tewas dan bukan dengan cara bersendirian.
“Kita sebagai ahli, kalau tidak boleh dari dalam parti, jadi dari luar parti, kita cadang beri pandangan (pada PAS) tapi tidak bersendirian.
“Kita cadang yang tersingkir dan ditolak adakan perbincangan mengenai apa yang berlaku selepas muktamar, jadi kita akan bincang nanti.
"Kalau secara bersendirian, ia tak berkesan,” kata Ahmad Awang ketika dihubungi Malaysiakini.
Ahmad mencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan parti itu minggu lalu.
Beliau tewas di tangan penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.
Calon golongan ulama menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.
Timbalan baru kepada Hadi adalah Tuan Ibrahim Tuan Man memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.
Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden - Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - tersingkir dan digantikan dengan Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Ab Samad.
Sementara itu, Ahmad berkata beliau menolak untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) walaupun ditawarkan jawatan tertinggi.
“PasMa elok jadi NGO saja, saya tidak boleh komen mengenai ini, saya tidak akan sertai PasMa,” katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
"Sementara itu, Ahmad berkata beliau menolak untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) walaupun ditawarkan jawatan tertinggi."
Jawatan Tertinggi?? PASMA offer dia jadi mursyidul am saja, bukan presiden. Dia nak jadi presiden. KAH KAH KAH
Setuju dengan AA, PASMA elok jadi NGO yang pro PR sahaja lainlah kalau PAS dan bergabung dengan UMNO maka PASMA bolehlah ganti PAS menjadi parti politik pula.
Memang sifat tamak manusia, tidak mampu menerima kekalahan... sepatutnya terima jalah kekalahan tu, stiap yg berlaku ada hikmahnya... teruskan bersatu perkuatkan kembali PAS untuk menentang si kafir DAP yang terang2 menentang dan menghina Islam... tak taulah kot memang bersama DAP menghina Islam...
Catat Ulasan