Rabu, 10 Jun 2015

Liwat: Anwar fail permohonan panggil bekas pengarah JSJK beri keterangan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung sabitan kes liwatnya.

Permohonan itu difailkan peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, sebentar tadi.

Pada 30 April lalu, Anwar memfailkan permohonan supaya Mahkamah Persekutuan menyemak keputusannya yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lima tahun penjara selepas dia didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keterangan Ramli dalam pendengaran semakan itu akan membabitkan "insiden mata lebam" pada tahun 1998.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: