Rabu, 10 Jun 2015

PAS Terengganu masih 'bernafsu' pada jawatan

Pas Kuala Terengganu mencabar DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuktikan parti itu boleh menang tanpa sokongan ahli Pas.

Ketua Penerangannya, Ahmad Amzad Hashim berkata, DAP tidak akan mampu membentuk kerajaan sendiri jika tiada bantuan dan sokongan Pas.

“DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan Pas, cuba lah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang.

“Bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang! dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yg baru nanti.

“Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?,” tulisnya di Facebook rasmi Dewan Ulama Pas Pusat.

Ahmad Amzad juga menasihatkan ahli Pas di Pulau Pinang yang memegang pelbagai jawatan di bawah kerajaan negeri supaya tidak meletak jawatan.

Katanya, jawatan itu hasil kerja keras mereka bukan kerana simpati DAP.

“Untuk masa ini, ahli ahli Pas yg pegang jawatan, teruslah pertahankan jawatan masing masing. Patuhi arahan pimpinan dan jangan memandai-mandai.

“Kita bukan mendapat jawatan atas belas kasihan DAP. Kita pegang jawatan kerana kita yg bantu naikkan mereka,” katanya.

Ahmad Amzad juga membangkitkan persoalan adakah keputusan DAP memutuskan kerja sama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersetujui akar umbi parti itu.

“Adakah DAP meluluskan melalui mesyuarat agong mereka untuk keputusan besar memutuskan hubungan dengan Pas? Usul dari bahagiankah? Usul dari sayapkah? Usul dari siapa? Dari mana?

“Apakah DAP tidak perlu meminta pandangan akar umbi untuk tujuan ini? Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Ong Ka Ming punya kuasa sesuka hatikah tak perlu bermesyuarat melibatkan akar umbi DAP?

“Di mana hak bersuara ahli DAP dari Kelantan atau Terengganu? Adakah itu kemahuan akar umbi DAP?, soalnya.

Katanya, berbanding DAP, Pas masih belum membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP walaupun usul itu telah diterima pada muktamar baru-baru ini.

Katanya, terdapat seksyen tertentu dalam Perlembagaan parti yg menentukan hanya Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa dalam soal hubungan melibatkan organisasi luar.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Pil kuda dijual di merata2, tu yang lalok sangat... jauhi dadah.

Tanpa Nama berkata...

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi. Jadi memutuskan Hubungan dengan DAP hanya satu Usul Sandiwara pada Asalnya bagi Mempengaruhi Perwakilan sebelum Pengundian.
KITA TUNGGU SAMADA " MEREKA MEMILIH RINGGIT ATAU ULAMA"

Tanpa Nama berkata...

DAP takkan dapat pegang Penang tanpa PAS. Sebab tu LGE takut nak bubar dun.

Tanpa Nama berkata...

Yelah, Penang 100% penduduknya Melayu. Tapi peliklah undi BN turun di Rompin, tapi undi PAS tak banyak berubah... pi mana lebihan undi tu? Kenapa undi tu tak dapat pada PAS?