Isnin, 8 Jun 2015

PAS dan tragedi sebuah kesombongan

Bagi pemerhati dan penganalisis yang mengikuti perkembangan dalam PAS secara neutral, agak sukar untuk tidak berasa sedih apabila melihat perkembangan
yang berlaku dalam Muktamar PAS ke-61 yang baru berlangsung.
Hal ini lebih dirasakan apabila seseorang mengikuti dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Pergelutan
kuasa yang berlaku sekian lama antara kem agamawan dan kem progresif menemui penamatnya dengan penguasaan menyeluruh kem agamawan.
Di sebalik semua label dan alasan ketidaksenangan yang dimomokkan terhadap golongan progresif ini, tidak ada faktor yang dianggap lebih berperanan penting
selain “kesombongan”. Kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif ini dalam PAS.

Kaedah kempen, pola pengundian dan perjalanan muktamar yang berlangsung dapat dianggap sebagai kemuncak kepada manifestasi kesombongan. Kerana sombong
dan terlalu berbangga dengan dominasi terhadap ilmu agama, maka mereka yang tidak sealiran diketepikan. Kesombongan menyebabkan sukar bagi golongan agamawan
untuk mengiktiraf kebolehan dan keupayaan yang dimiliki golongan progresif. Kesombongan menyebabkan pemimpin-pemimpin progresif seperti ini tidak langsung
dihargai walaupun merekalah yang memainkan peranan signifikan dalam meletakkan PAS ke kedudukan sekarang.
Kesombongan menyebabkan fitnah dan tuduhan palsu dibenarkan dijaja dan dibenarkan berleluasa. Kempen yang berlangsung seakan-akan menghantar mesej yang
“tidak mengapa berbuat sedikit kejahatan dengan maksud untuk mengekang kejahatan yang lebih besar”.
Mengejutkan apabila diktum seperti ini diamal dan dipraktikkan secara meluas dalam pemilihan yang berlangsung. Sekian lama pegangan Machiavelli ini hanya
hidup subur dalam Umno. Apabila lawan jatuh, maka tindakan seterusnya bukanlah berhenti tetapi terus memijaknya. Kini, PAS juga kelihatan amat ghairah
untuk menginstitusikan kesombongan seperti ini.
Kerana sombong, PAS tidak dapat lagi melihat secara rasional mana kaca dan mana permata. Bukan sahaja mereka menyingkirkan tenaga intelektual yang merupakan
aset berharga parti, tetapi juga menghantar mesej yang “kami tidak memerlukan pengetahuan ilmu moden dan bantuan kaum-kaum lain untuk mentadbir negara”.
Kesombongan menyebabkan PAS mahu menoleh semula ke belakang sedangkan dunia sudah jauh bergerak ke hadapan.

Kesombongan menyebabkan PAS masih mahu berpegang pada Islamisme sedangkan dunia sedang bergerak ke arah pasca Islamisme. Kesombongan menyebabkan apa sahaja
idea-idea yang bertentangan dilihat sebagai ancaman dan bukan sebagai kelainan.
Tidak ada ruang untuk berbeza pendapat. Kerana sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri, apa jua alasan cuba dihamburkan bagi menutup pembersihan
yang berlaku.
Sebagai contoh, penegasan yang yang parti itu masih mempunyai golongan profesional seperti pensyarah walaupun kumpulan progresif ini tersingkit. Tetapi
profesional bukan sekadar dilihat dari segi status pekerjaan. Ia juga dicerminkan kepelbagaian ideologi, keterbukaan, kemahuan berbeza pandangan dan dekat
dengan kemodenan.
Bagi yang mengikuti secara dekat muktamar yang berlangsung selama tiga hari, kesombongan adalah bahasa badan yang paling menonjol terpapar. Dalam bentuk
pengendalian muktamar yang jelas menampakkan kecondongannya pada ideologi semasa, dalam bentuk laungan takbir yang dikhususkan hanya untuk perwakilan-perwakilan
pro-agamawan, dalam bentuk wajah beberapa pemimpin tertinggi PAS yang amat ketat dan tidak langsung pernah tersenyum, dalam bentuk sorakan sindiran yang
tidak putus-putus ditujukan kepada golongan progresif yang berucap dan sehinggalah kepada kehilangan suasana kesedihan yang sewajarnya dirasakan berikutan
kepergian golongan progresif ini dari parti.
Tangisan Hanipa Maidin dan juga nyanyian melankolik Mohamad Sabu hanya mampu mengheningkan suasana tetapi tidak mampu membuatkan mana-mana perwakilan untuk
bangun memujuk atau menahan keputusan beliau yang ingin meletakkan jawatan dari semua jawatan yang disandangnya. Bahasa badan yang ditunjukkan bukan sahaja
melengkapkan pembersihan yang berlaku tetapi semacam menghantar mesej “jika boleh, kami tidak mahu lagi kamu kembali di sini”.
Apa yang berlaku dalam Muktamar PAS 61 adalah tragedi sebuah kesombongan. Sombong dengan kekuatan diri dan lantas menjadi taksub dan narsistik. PAS seperti
seorang suami yang baru mendapat “isteri kedua” yang kaya, cantik dan berpendidikan. Tetapi apabila jatuh sakit, isteri pertama yang tua dan kurang cantik
yang sering dicari untuk menjaga si suami kerana isteri kedua tadi rupanya tidak boleh diharapkan.
Kesombongan menyaksikan kapal Titanic karam walaupun dianggap sebagai kapal yang tidak akan karam. Kesombongan membuka jalan kepada tragedi 9/11 di Amerika
Syarikat. Kesombongan jugalah yang kini menjadikan Umno terumbang-ambing.
Muktamar PAS menyarankan yang kesombongan merupakan nilai yang kini menjadi virtue dalam parti tersebut. Kesombongan yang wujud dalam PAS amat menakutkan
dan lebih menakutkan dari kesombongan Umno. Dalam mana golongan ini sering mengkritik keangkuhan kuasa Umno, mereka terlupa untuk menyelak kesombongan
diri sendiri.
Benarlah kata-kata tokoh revolusi Poland, Lech Walesa yang mengingatkan tentang kewujudan pemimpin yang menghasilkan sistem dan kepimpinan yang lebih buruk
(dibaca: lebih sombong) selepas menggulingkan sistem yang mereka tentang sebelum itu.
Ironinya, kesombongan ini seolah-olah hanya disedari wakil DHPP yang bukan beragama Islam apabila menyatakan kejutannya terhadap kebejatan yang berlaku.
Untuk wakil DHPP ini, pertimbangkan logik ini. Jika kesombongan seperti ini boleh dilakukan terhadap saudara seagama mereka, adakah anda merasakan yang
mereka akan berfikir dua kali untuk melakukan kesombongan yang serupa kepada mereka yang bukan seagama?
Tahniah sekali lagi kepada PAS. Gunakanlah "cakaran", "siku", "lutut" (dan juga laungan takbir) itu sebaik mungkin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

Tanpa Nama berkata...

PAS is PAST... move on.

Tanpa Nama berkata...

DHPP takkan ada tempat di dalam PAS. Selama ini pun kewujudan DHPP banyak bertahan sebab pemegang amanah adalah dari golongan progresif. Jika harap pro cai.... mereka telah berusaha untuk mensabotajnya, itu berlaku di kawasan aku, walaupun ditubuhkan DHPP dibiarkan sahaja oleh AJK PAS Kawasan.

aku berkata...

Hukum karma akan sentiasa berlaku. Apa punkita tunggulah selepas ini, ramai sudah penyokong PAS yang kecewa dengan sikap geng2 ustaz ni.

Tanpa Nama berkata...

Iblis juga hebat dlm bab agama.. akibat sombong Allah laknat sampai bila2..

Malaysiabaru berkata...

Kerana kesombongan itu lah

Maka Pas Selangor akan berzina setiap minggu tanpa ikatan yg sah setiap hari
ketika mesyuarat exco MTES....

Iskandar samad lebih pentingkan nafsu syahwat habuan seks dan duit berbanding wala' keputusan agung muktamar yg di skong dewan ularmak?

Anak gajah ni tak heran bernafsu begitu bila kita tgk susuk badan beliau yg 'sihat'

Tapi kno gadaikan arahan muktamar?

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal.

Tanpa Nama berkata...

Past for all..all is past..bye bye..

Tanpa Nama berkata...

Pas for all? all is past..bye..bye..

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua manusia boleh konsisten berakal bila berkuasa dan mendapat habuan dunia. Namun selalunya akal jadi miring sehingga sahabat-sahabat boleh diketepikan dan pengorbanan orang lain tak perlu diketahui atau pun dikenang. Kita lihat akan datang sama ada tuan-tuan guru, sheikh-sheikh, Alfadhil alfadhil ustaz boleh turun padang sama-sama begelumang, berpeluh, berlumpur dan berlumus bersama-sama hamba-hamba ahli yang dhaif yang susah dan melibatkan diri kerana Allah swt. Kerana tuan-tuan agamawan pun dah kaya-kaya dah mampu bervellfire,dan mampu berbanglo dan berbini ramai maka jangan diulangi lagi menghulur tong derma kepada kami yang jahil-jahil ini. Kini kami tahu kemana sehinggit dua kami patut dilaburkan untuk ahkirat!!