Saya, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan
ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:
1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.
2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan
mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.
3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan
macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar
anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?
Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana
Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja.
Ir. Izham Hashim
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
10 respon:
Hambe sokong Tn. Ir Izham, tiada jawatan pun boleh juga berkhidmat kepada rakyat, Jangan jadi seperti pepatah melayu hidung tak mancung pipi tersorong2
Saya kongsi pandangan saudara. Seelok-eloknya Mazlan Aliman juga letak jawatan, biar kita lihat kemampuan ustaz-uztaz ni.
Lepas muktamar 61 ini kalau ada prk atau pru bagi saya asal bukan pasmeno.
setuju dan setuju
saya sokong tubuh parti baru. tinggal kn PAS pimpinan taliban tu
Assalamualaikum.
Saudar2. Sehingga kini belum ada satu parti politik pun yang berjaya seperti pemilihan dalam muktamar 61 PAS. Inilah satu-satunya parti yang berjaya mengumpul semua jawatan mengikut perancangan satu pihak dan penyokong penuh presiden.
Jadi biarlah mereka diberi peluang, tak kiralah sama ada yang menang itu memang bertanding untuk menang atau hanya suka2 untuk kalah. Sekarang Presiden dan orang2 presiden tak ada hak lagi nak meletakkan kesalahan kepada orang lain, puak lain atau penyokong lain atau pensabotaj lain kerana erwakilan telah memilih berdasarkan tunjuk ajar orang2 presiden.
PRU 14 dah dekat, buatlah strategi terbaik.
Kalau nak join orang tak macam firaun pun buatlah.
Saya cuma ingin melihat apakah pilihan 80% perwakilan akan mencakupi 80 % juga penyokong PAS di luar sana nanti.
Kalau ini tak menjadi realiti, perlu difikirkan siapa yang patut dilututkan, disikukan, dikaratekan dan dijatuhkan.
Bercakap besar bukan budaya Islam.
Bg ustaz al azhar ni buat keje.. Tgk kemamouan berckp sama ke dgn keje.. Tgk mcm ana geng ustaz ni dmsinkan oleh amno dan najib.. Dulu TGNA dah ckp tp nampak sgt depa sanggup berbohong dan sanggup bebelit berckp.. Sy harap geng kalah pi le rehat.. Tolong rakyat mlalui ngo.. Lebih bik dan kami kan sama membantu..
Bila tuang presideng nak arahkan anak buah lepas jawatan kat PP.
Jangan bimbang, lepas ni kat selangor pula.
Alahai TGHA, tuan tiada aura seorang pemimpin.
Bila tuang presideng nak arahkan anak buah lepas jawatan kat PP.
Jangan bimbang, lepas ni kat selangor pula.
Alahai TGHA, tuan tiada aura seorang pemimpin.
Alhamdulillah.. nak kena berpuasa nazar selepas TGHH menang solid.. bukan sbb profesional kalah ye..
Catat Ulasan