Ahad, 7 Jun 2015

Parti Islam baru 13 Jun ini?

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta.

“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.

“Memang ada cadangan jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Phahrolrazi April lalu mengumumkan akan memutuskan menjadi parti politik
selepas berakhirnya
muktamar PAS bagi melihat terlebih dahulu hubungan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Muktamar parti itu di Kuala Selangor berakhir semalam dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas – tindakan yang berpotensi besar
memecahkan Pakatan.

DAP sendiri sudah mengalu-alukan pemimpin PAS berundur daripada kedudukan masing-masing dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

IrWrWs berkata...

Saya pun mengalu2kn pasma buat parti politik dgn segera.. itu sahaja cara yg ada jika mahu terus ditarik hidung oleh dap!!