Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Umno bawah pimpinan sekarang “terikat dengan kekuatan kewangan dan kebendaan tetapi kekosongan
jiwa tanpa roh perjuangan sejati”.
“Umno semakin jauh dari rakyat dengan semakin menyerlah sebagai parti elitis, feudalistik dan materialistik,” katanya.
Malah, kata Zainuddin, imej ini semakin teruk apabila Residen Umno Datuk Seri Najib berkata dirinya bukan dari darah sembarangan, ketika berdepan kritikan
bertali arus Tun Dr Mahathir Mohamad.
Zainuddin berkata, kenyataan itu amat bertentangan ajaran Islam yang tidak membezakan manusia dengan daripada aspek darjat, pangkat dan keturunan kecuali
ketakwaan kepada Allah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pertemuan PAS-Umno tidak dipandang negatif kerana Umno
tidak boleh disamatarafkan dengan firaun.
The Malaysian Insider semalam melaporkan pandangan sebegitu tidak menjadi pendekatan PAS.
“Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan.
Itu bukan pendekatan kita.
“Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut
dalam Al-Quran.
"Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya,”
beliau dilapor sebagai berkata.
- ZAM -
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan