Ahad, 7 Jun 2015

Biar betul .. Najib kena sabatoj ...


Kumpulan sukarelawan guaman SukaGuam, yang menganjurkan Dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibatalkan
semalam, tampil mempertahankan diri hari ini, mendakwa program itu diganggu pegawai kanan Najib.

Presidennya Datuk Khairul Anwar Rahmat mendakwa, SukaGuam menjadi mangsa keadaan apabila pegawai kanan perdana menteri itu, yang sebelum itu bersama mereka
menguruskan dialog tersebut, memberi maklumat salah kepada Najib.

"Namun demikian, pegawai kanan berkenaan, dan yang sekutu dengannya, yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini bertindak berlebihan dalam
beberapa perkara.

"Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul mendakwa, pegawai tersebut menghantar laporan kurang tepat kepada Najib, termasuk disifatkannya cuba menokok tambah cerita menghalang Najib dari
menghadiri dialog yang bertema "Nothing2Hide" (Tiada apa hendak disembunyikan) itu.

"Malangnya, pegawai berkenaan berusaha menghalang kehadiran perdana menteri menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah
cerita kepada Najib kononnya perdana menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC.

"Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program itu ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Dr Mahathir sudah bersedia untuk
bertemu Najib, ia tidak sewajarnya dihalang.

"Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup," katanya.

Semalam Najib dijadualkan memberi penerangan mengenai skandal 1MDB pada forum itu tetapi ia dibatalkan pada saat akhir oleh ketua polis negara atas alasan
keselamatan.

Kegagalan Najib muncul di program tersebut menyaksikan Dr Mahathir mengambil alih dengan berucap di depan hadirin sebelum beliau dihalang pihak polis.

Khairul berkata, beliau sudah berjumpa dengan Najib bagi menjelaskan situasi sebenar dan perdana menteri itu menerima baik penjelasannya.

Beliau turut memberi amaran kepada pegawai khas perdana menteri tersebut untuk berhenti dari terus memfitnah SukaGuam, jika tidak, pihaknya akan mendedahkan
bukti mengenai perkara tersebut.

"Kepada individu berkenaan dan sekutunya - anda tahu siapa anda, hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam. Hentikanlah
serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.

"Jika masih berterusan, terutama melalui agen anda, kami tidak teragak-agak mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi hidup.

"Kerana, apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak yang berbeza pandangan dalam isu yang berlaku dalam
negara," katanya -TMI.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: