seksis semasa sidang Dewan Rakyat 9 Jun lalu.
Wanita PKR akan mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen pagi esok bagi menyatakan bantahan ke atas ahli Parlimen Barisan Nasional Datuk Seri
Bung Moktar Radin yang menghina wakil rakyat mereka dalam Dewan Rakyat semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, pergerakan sayap PKR tersebut menyelar Bung yang mengeluarkan kenyataan seksis terhadap Zuraida Kamaruddin yang juga ketua
Wanita PKR tersebut.
Semalam, Bung terlepas daripada tindakan tatatertib walaupun menghina ahli Parlimen Ampang tersebut dengan mengatakan mukanya seperti hantu semasa sidang
Dewan Rakyat 9 Jun lalu.
Zuraida di dalam Dewan mengatakan, Bung menyalahi Peraturan Mesyuarat 37(4) kerana menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis dan mahu
tindakan diambil ke atas pemimpin Umno tersebut.
Namun, Timbalan Yang di-Pertua Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melepaskan Bung dari tindakan tatatertib kerana menganggap Bung hanya bertujuan menegur. –
16 Jun, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
mmg muka mcm hantu pun...
Catat Ulasan