Sabu digugurkan daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.
Turut digugurkan adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Mohamad Taufek Abd. Ghani (Negeri
Sembilan), Adly Zahari (Melaka) dan Aminolhuda Hassan (Johor)
Kedudukan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang digantikan oleh Rosli Jabar, manakala Ketua Dewan Ulama Pas
Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dilantik untuk kembali menjadi Pesuruhjaya Pas Johor.
Muka-muka baharu lain yang dilantik adalah Pesuruhjaya negeri Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof, Datuk Ir. Amirudin Hamzah (Kedah), Mustafa Daharun (Negeri
Sembilan) dan Kamarudin Sidek (Melaka).
Senarai baharu Pesuruhjaya Negeri-negeri sesi 2015-2017 itu telah dimuat naik dalam satu kenyataan dalam laman Facebook milik Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
“Pas telah selesai melantik Pesuruhjaya Negeri-negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini.
“Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden Pas melalui Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu membabitkan kesemua
negeri,” katanya kenyataan berkenaan.
Bagi jawatan Pesuruhjaya negeri lain-lain, kedudukan penyandang adalah kekal termasuk Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pesuruhjaya Pas
Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Muktamar Tahunan Pas Ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini disifatkan sebagai pertembungan golongan proulama dengan golongan profesional yang mana akhirnya
menyaksikan golongan proulama berjaya menguasai jawatan penting dalam parti itu.
Antara yang tewas dalam pemilihan parti Pas adalah Mohamad atau Mat Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Mahfuz yang
gagal dalam percubaannya untuk menjadi Naib Presiden.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan