Hadi memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat 233 undi.
Bagaimanapun, Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden
Beliau ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 881 undi.
Mohamad hanya mendapat mendapat 279 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi.
Sebaik sahaja nama Hadi diumumkan, kira-kira seratus penyokong, pemerhati dan perwakilan melaungkan takbir.
Sebanyak 1,162 kertas undi dikeluarkan dan bilangan kertas undi yang berada dalam peti undi sebanyak 1,161.
Sebanyak satu kertas undi tidak dikembalikan dan tiada undi rosak.
Keputusan itu menunjukkan kira-kira 70 peratus perwakilan mengundi mengekalkan Hadi sebagai presiden parti, dan memilih Tuan Ibrahim sebagai timbalan Hadi.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
8 respon:
itu kemahuan perwakilan kn...
Selamat tinggal PAS, aku tidak akan memberi undi kpd mana-mana calon PAS dlm pilihanraya nanti. Amat memalukan PAS tidak bijak mencatur politik, hanya mengutamakan ulama suk shj. Bye....
Hang memang dari dulu tak memgundi.
aku sebagai pengundi setia pas selama 30 tahun di trg juga mengucapkan selamat tinggal pas. PAS memang dah ganti UMNO termasuk perangainya sekali.Perwakilan yg memalukan. " BOO" pada rakan mungkin katanya Allah yang suruh.
Ya kekallah PAS dalam kebodohan....undi aku pun takkan kuberi pada PAS lagi.....!!!
kemahuan perwakilan...tak semestinya kemahuan pengundi pilihanraya. tahniah...kerana PAS berjalan "ke belakang"
Tahniah kpd ahli Pas yg bijak memilih. Hanya ulama sahaja yg dapat menjadikan Pas parti Islam yg sebenar..Allah Huakhbar!
Ye aku pun ucapkan selamat tinggal,nak hrp pak lebai yg bebal dlm politik utk jadi pemimpin,lbh baik tak payah.Jln pintas nak berkuasa pasti lebai2 banggang ni gabung dgn Umno.Soalan saya,betulke mereka ni ulamak?Perangai serupa org Umno juga!!!!
Catat Ulasan