Jumaat, 5 Jun 2015

Kolej Matrikulasi bekal kunci berlambang salib kepada pelajar

Sebuah kolej di Perlis menarik balik pemberian rantai kunci kepada para pelajar barunya, yang didakwa berbentuk salib.

Kolej Matrikulasi Perlis menjelaskan, mereka bertindak demikian untuk mengelakkan isu berhubung pemberian tersebut berpanjangan.

Perkara itu dijelaskan oleh pengarah kolej tersebut, Nuzrin Nuiman dalam satu surat kepada Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

“Pihak kolej menerima aduan daripada seorang pelajar yang mendakwa terdapat lambang salib pada rantai kunci kolej.

“Sedangkan sebenarnya simbol seumpama lambang salib itu digunakan untuk dijadikan tapak untuk melekatkan plat logo Kolej Matrikulasi Perlis.

“Untuk mengelakkan isu ini berpanjangan, pihak kolej memaklumkan kepada pembekal untuk menarik balik dan menggantikan dengan rantai kunci yang baru,” surat
itu dipetik.

Surat tersebut dikongsi oleh Mohd Asi di laman Facebook semalam.

Difahamkan, rantai kunci tersebut diedarkan bersama beg sandang dan kemeja-T kepada para pelajar baru sesi 2015/2016 dalam satu majlis pada 25 Mei lalu.

Gambar rantai kunci itu juga tersebar luas di kalangan pengguna media sosial semalam.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: