Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid berkata, polis yakin tangkapan akan dibuat tidak lama lagi berdasarkan siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memberi petunjuk kepada identiti suspek.
“Amaran keras diberikan kepada mereka yang terlibat dalam perilaku ini. Buat masa ini, polis masih mengesan suspek untuk tangkapan dan di bawa ke mahkamah,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.
Beliau turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil dan membantu pihak polis jalankan siasatan.
Mior berkata, berdasarkan pemerhatian rakaman CCTV, dipercayai suspek bukanlah orang yang sama terbabit dalam ketiga-tiga insiden itu.
Malam tadi, Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat merah menjadikan ia kejadian kedua sejak Sabtu lalu.
Sabtu lalu, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng di Jalan Talipon disimbah cat hitam.
Sementara itu dalam satu lagi kejadian Ahad lalu, kira-kira jam 3 pagi, Pusat Khidmat Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Jalan Kedah di sini dibakar namun tiada kerosakan besar dilaporkan.
Mior berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan dan menyebabkan kerosakan harta benda.
Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki tidak dikenali bermotosikal muncul di premis berkenaan sebelum melemparkan cat ke arah pintu premis terbabit.
Dua insiden pertama membabitkan ibu pejabat DAP dan pusat khidmat Teh yang disimbah cat juga disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, perbuatan vandalisme terhadap pusat khidmat Chow pula disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan