Satu jenaka yang paling banyak didengari ialah jika Pakatan berjaya menakluki Putrajaya, mereka terlebih dahulu akan sibuk bertekak mengenai tempat letak kereta yang mereka dapat, sebelum menentukan siapa yang akan mengisi jawatan perdana menteri yang didamba-dambakan, apatah lagi jawatan-jawatan menteri lain.
Walaupun perpecahan Pakatan kelihatan menyedihkan – seperti desas-desus mengenai perceraian pasangan televisyen ikonik siri kartun popular The Simpsons – ia mungkin ada baiknya.
Keadaan sedang bergelora, seperti yang dikatakan oleh ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah, yang boleh mencetuskan peluang-peluang baru kerana apa-apa sahaja boleh berlaku.
Sentimen ini disuarakan oleh bekas menteri, Zaid Ibrahim yang memerhatikan bahawa perpecahan Pakatan membuka pintu kepada sebuah entiti baru untuk muncul, sesuatu yang mungkin akan membawa zaman yang lebih baik dan dapat mencabar BN.
Saya pasti yang inggu lepas merupakan ibarat ‘rollercoaster’ emosi bagi ramai orang di Malaysia, tetapi saya yakin ia adalah lebih buruk bagi penyokong tegar Pakatan dan peminat The Simpsons.
Ini kerana selepas perpecahan di antara PAS dan DAP yang hanya lebih melonggarkann pakatan pembangkang persekutuan tidak rasmi itu, timbul pula berita bahawa perkahwinan Marge dan Homer dalam The Simpsons juga retak menanti belah.
'Perkahwinan' politik selama enam tahun antara parti-parti komponen Pakatan boleh tumbang, sama seperti perkahwinan Homer dan Marge selama 26 tahun. Mungkin ini ada hikmahnya, bagi kedua-dua Pakatan dan siri kartun popular itu.
Untuk Homer dan Marge, ia adalah salah satu perkara terakhir yang boleh dilakukan untuk menyegarkan siri kartun yang telah lama bersiaran itu, yang telah menangani hampir setiap topik dan isu yang ada. Seperti banyak siri televisyen yang telah lama bersiaran, The Simpsons memerlukan perubahan baru untuk melariskannya.
Tambahan pula Homer adalah seorang suami yang tidak memenuhi tanggungjawabnya, melayan Marge secara agak buruk dan jarang menghargainya.
Sebuah perpisahan antara Marge dan Homer akan membantu menghidupkan siri kartun itu, dan juga membantu mewujudkan kembali minat terhadapnya.
Walau apa pun, perpecahan Pakatan berfungsi sebagai kejutan dari tidur terhadap pemimpin-pemimpin dan penyokongnya, yang pakatan itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan.
oleh Hazlan Zakaria
Ia juga telah meningkatkan keperluan bagi adanya sebuah landasan kerja yang sebenar, berbanding dengan pakatan pilihan raya yang dicetuskan secara bidang terjun.
Sudah tentu, peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perpecahan itu menunjukkan bahawa perbezaan asas antara PAS dan DAP yang membentuk dua pertiga daripada pakatan itu, adalah lebih dari sekadar perebutan bagi kerusi atau undang-undang mana yang boleh digunakan.
Perbezaan mereka adalah dari segi ideologi dan struktur, kerana PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam untuk membawa Rahmatul Lil 'Alamin, atau keberkatan Allah kepada seluruh dunia, manakala mahukan pendekatan yang lebih sekular kepada pembangunan negara.
Sebelum ini, perbezaan tersebut telah dipandang sebelah mata melalui dasar 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang memudahkan mereka untuk menumpaskan BN di banyak kerusi, tetapi akhirnya akan gagal jika mereka benar-benar mahu merampas Putrajaya melalui pilihan raya.
Satu jenaka yang paling banyak didengari ialah jika Pakatan berjaya menakluki Putrajaya, mereka terlebih dahulu akan sibuk bertekak mengenai tempat letak kereta yang mereka dapat, sebelum menentukan siapa yang akan mengisi jawatan perdana menteri yang didamba-dambakan, apatah lagi jawatan-jawatan menteri lain.
Ini adalah satu kenyataan yang diperkukuhkan melalui kegagalan Pakatan untuk mengumumkan sebuah kabinet bayangan hingga ke hari ini.
Satu-satunya perkara yang Pakatan telah persetujui secara konsisten adalah pertamanya mereka mahu pakatan BN ditumbangkan, dan keduanya ketua umum PKR yang dipenjara, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya calon perdana menteri yang mereka semua boleh persetujui.
PAS tidak akan menerima perdana menteri DAP, dan parti demokrat sosialis itu tidak akan menerima ahli parti Islam itu sebagai perdana menteri. Perjanjian-perjanjian ini hanya mencerminkan lagi sifat Pakatan yang rapuh.
Ia disatukan oleh PKR, atau lebih tepat lagi pengaruh Anwar yang amat kuat, yang terus menguasai parti itu seperti sebuah kultus keperibadian.
Itulah kelemahan ketiga ‘tripod’ Pakatan, yang terlalu bergantung kepada Anwar sebagai faktor penyatuan, sebuah isu yang nyata bagi PKR yang telah gagal menjadi sebuah parti dengan apa-apa ideologi, selain keadilan untuk pemimpinnya yang dianiayai itu.
Oleh itu, ada baiknya untuk Pakatan berpecah sekarang supaya sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih baik boleh dibina di atas runtuhan bersejarah ini.
Bak kata pepatah, telur mesti dipecahkan untuk membuat telur goreng.
Namun, keadaan mungkin masih belum muktamad bagi pembangkang secara umumnya, walaupun Pakatan mungkin sudah menanti ‘pengebumian’.
Perkembangan terbaru sedang berjalan yang boleh membentuk sebuah pakatan atau perikatan parti-parti pembangkang yang lebih dinamik.
Sebagai contoh, PKR kini sedang berusaha memperluaskan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan awam untuk memperluaskan capaiannya lebih dari sekadar PAS dan DAP. Ia perlu melihat lebih jauh dari Anwar sebagai pemimpin tidak rasminya.
Sekarang adalah masanya untuk parti itu mencari hala baru, walaupun masa depan ini mungkin sukar.
PAS sementara itu mungkin perlu mencari diri, sama seperti kem liberalnya yang dikalahkan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini mungkin perlu melihat jika mereka harus menubuhkan sebuah parti serpihan, sama seperti bagaimana parti itu sendiri merupakan sebuah parti serpihan Umno.
Bagi DAP, ia telah pun mula berusaha untuk mencipta semula dirinya, sewaktu ia berusaha meninggalkan imejnya sebagai sebuah parti cauvinis berteraskan kaum Cina dan mencuba menarik golongan belia dan penduduk bandar Melayu Islam kelas menengah, yang akan memperluaskan capaiannya secara ketara.
Sama ada PAS, DAP dan PKR akan bersatu kembali, atau jika ada pemain lain yang akan hadir untuk membina sebuah pakatan pembangkang persekutuan yang baru, perpecahan ini mungkin ada hikmahnya, kerana pengajaran yang dipelajari dari pakatan yang telah gagal itu boleh digunakan untuk membina sebuah pakatan yang lebih baik.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Pas kan ke dah "KUAT" kita kan ke kuat,, ikut suka lah nak barua ka tolol ka jebon ka tp kita kan ke dah kuat
Membangun bersama kepimpinan Cai
Selagi pegang jawatan di Penang dan Selangor aku anggap Pas dah tak ada maruah dan TAK ADA TELUR lagi dah. Bikin malu Agama sahaja begini kelaku.
Cai cai Cinta duvid juga ye
engkar kehendak muktamar
Alhamdulillah Ustaz AA sudah mula berasa betapa JIJIKNYA jika dikaitkan dgn dap apatah lg jika benar2 menawarkan diri utk berkhidmat kpd dap spt beberapa kerat pemimpin pas melalui parti baru (kalau berjaya ditubuhkan).. kalau dah ulamak yg sygkan akhirat mcm Ustaz AA pasti x tergamak utk menjadi lembu dap..
Catat Ulasan