Rabu, 17 Jun 2015

Dollah Salleh degil . tak akan letak jawatan!

BUKIT JALIL: Kekalahan memalukan kepada Palestin, malam tadi, pantas mencetus khabar angin mengenai peletakan jawatan jurulatih Malaysia, Dollah Salleh, namun ia segera dinafikan.

Tampak jelas kekecewaan pada wajah Dollah, namun ditanya mengenai peletakan jawatan itu, beliau dengan pantas menjawab: "Saya bukan pengecut."

Dollah mengakui kekalahan besar 6-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 di laman sendiri itu antara yang terburuk sepanjang kariernya.

"Selepas Palestin dapat dua gol awal, pemain seolah-olah hilang semangat dan selepas mereka memperoleh tiga gol, pemain terus rebah. Saya lihat pemain juga gagal untuk bangkit pada babak kedua. Mereka seperti putus asa dan saya juga tidak faham mengapa pertahanan kita begitu goyah," katanya.

Dollah tidak menolak akan melakukan perubahan besar-besaran dalam senarai pemainnya selepas ini. Ini termasuk menyenaraikan pemain muda yang boleh digilap terutama dalam skuad Sukan SEA Malaysia di Singapura.


* seperti sindrom Rajagopal yang hangat dalam media sosial. Sepatutnya Dollah Salleh berlapang dada. Kemungkinan dia harus meletakkan jawatannya. Mungkin dia hebat di padang, tapi belum tentu dia hebat sebagai jurulatih. Berundurlah secara terhormat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jika diteliti pada angka bilangan gol yang diperoleh oleh Palestin itu, teringat pula kepada angka kadar 6 peratus GST. Macam ada kaitan pula.