Ahad, 28 Jun 2015

Cuba tengok ni .. 1MDB tak buat dosa pun, ini buktinya!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pemikiran "sangat berbahaya" kepada pembangunan insan kerana memberi mesej salah kepada rakyat dalam isu
1MDB, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Dalam kenyataan beliau hari ini Mahfuz berkata, kenyataan Najib mengenai sumbangan 1MDB untuk pembangunan masjid menunjukkan seolah-olah seseorang boleh
melakukan dosa sebanyak mungkin sebelum 'mencucinya' dengan sedikit sedekah atau pun mengerjakan umrah.

"Inilah yang dilakukan 1MDB.

"Pengurusan yang pincang dengan penyelewengan membabitkan tanggungan hutang RM42 bilion dicuci dengan sumbangan membina masjid dan membawa imam-imam menunaikan
ibadah haji dan umrah.

"Mudahnya memerintah Malaysia," katanya.

Mahfuz mengulas kenyataan dibuat Najib semalam mengenai sumbangan diberi 1MDB untuk "pembangunan Islam" di negara ini.

Untuk mengukuhkan hujah itu, perdana menteri memberi contohsumbangan diberi Yayasan 1MDBuntuk mengisi sebahagian daripada kos pembangunan semula Masjid
Kampung Baru bernilai M20 juta.

Beliau juga sedih kerana 1MDB diberi gambaran buruk di media sosial.

Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan PAS berkata, kenyataan Najib itu memberi maksud seolah-olah beliau mahu rakyat, khususnya umat Islam, memberikan
kemaafan pada apa pun kesalahan yang di lakukan oleh 1MDB kerana agensi itu turut melakukan kebaikan.

Katanya, pemikiran begitulah menyebabkan tiada usaha bersungguh-sungguh di pihak penguatkuasaan undang undang bagi mengatasi segala penyelewengan dalam
pentadbiran negara.

"Lepas ini rompaklah sebanyak mana pun, kemudian perompak sumbang buat masjid. Tutup kes," katanya.

- mkini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: