Ahad, 28 Jun 2015

Hutang Malaysia hanya RM16 billion sahaja .. ni kencing berbau apa ..?

Rakyat tidak memahami sepenuhnya kaedah baharu pengiraan hutang negara yang mula dilaksanakan sejak 2014, menyebabkan mereka mudah dikelirukan
pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Hakikatnya, tegas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi, pengiraan hutang negara sebanyak RM744 bilion itu turut merangkumi
butiran termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam serta hutang individu.

Malah jelasnya, hutang kerajaan hanya berjumlah lebih kurang dua peratus iaitu kira-kira RM16.8 bilion selain tidak berhutang kepada pihak seperti Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Seperti yang disebutkan, hutang negara sebanyak RM744 bilion. Namun, apa yang berlaku adalah rakyat tidak dimaklumkan bahawa cara pengiraan hutang ini
sudah berubah sejak tahun 2014.

"Hutang yang disenaraikan ini termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam, hutang individu bahkan hutang orang luar yang membeli bon di negara kita turut
dimasukkan sekali.

"Sebenarnya, hutang kerajaan hanya lebih kurang dua peratus sahaja iaitu kira-kira RM16.8 bilion dan ianya tidak banyak. Apa yang nyata, kerajaan tidak
berhutang dengan Bank Negara atau pun kepada IMF," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meraikan lebih 80 anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A Latiff Awang dan Pengarah JASA Negeri Terengganu, Adli Kesah.

Puad turut menyuarakan rasa kesalnya berikutan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan fakta kononnya negara akan bankrap
manakala ekonomi negara tidak stabil.

"Rakyat di negara ini dikelirukan mengenai hutang negara oleh banyak pihak yang cuba memanipulasi fakta dan cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

"Kalau kita lihat, melalui kaedah kiraan baharu ini, hutang negara lain masih tinggi berbanding negara kita. Singapura misalnya, hutangnya apabila dikira
menerusi kaedah baharu ini adalah sebanyak RM3 trilion," katanya.

Puad turut menyifatkan zaman 'hyper connectivity' (kesalinghubungan) ketika ini sebagai cabaran hebat kerana membuka ruang terhadap fitnah, pembohongan
serta fakta yang diputarbelitkan.

"Kalau tak dijawab segera akan membentuk persepsi. Rakyat akan percaya kepada perkara yang tak betul," katanya.

Sehubungan itu, katanya, JASA akan terus mempertingkat peranannya dengan menangkis tohmahan serta menyebarkan maklumat yang tepat kepada rakyat.

"JASA sendiri akan meningkatkan keupayaannya di media sosial menerusi penyampaian maklumat kepada rakyat agar mereka tidak mudah percaya dengan fakta yang
sengaja diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

- astroawani

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ini hutang kerajaan sah tak masuk hutang tak langsung melalui syarikat kerajaan. Contoh, hutang dibuat oleh 1MDB yg ditanggung kerajaan. Bagaimana dengan lain-lain syarikat kerajaan? Kira semulalah Menteri.