Ahad, 7 Jun 2015

Aku meneropong nasib PAS ketika PRU 14

ADAT pertandingan ada menang ada kalah. Ada hitam ada putih. Ada pihak yang bersuka ria, ada pihak yang berdukacita

Menyentuh pemilihan di dalam PAS, parti Islam terbesar di Malaysia, memang ada sesuatu yang menyentuh hati pengundi muda seperti aku.

Ya, aku adalah pengundi pakatan rakyat yang juga mengundi untuk PAS. Bukan sahaja mencari keredhaan Ilahi, tetapi ingin juga bahagia di dunia yang sementara.

Di dunia sekarang aku rasa 'lemas' dengan politik Barisan Nasional. Maka aku bersandarkan harapan dengan pakatan rakyat yang di dalamnya ada parti PAS.

Harapan aku sebagai pengundi muda, untuk melihat PAS bersama parti sekutu membangun menentang UMNO - Barisan Nasional. Membina Malaysia yang lebih cemerlang, lebih bersih dan lebih mengutamakan rakyat. Bukan harapan aku sahaja, tapi harapan 52% undi popular.

Namun kebelakangan ini, aku sebagai pengundi muda mula tersentuh, tersentak dan sesekali menarik nafas panjang, meneropong apa yang berlaku di dalam PAS.

Aku mula melihat pemimpin-pemimpin yang bodoh, sombong dan bongkak.

Dan yang lebih mengejutkan aku, budaya fitnah juga boleh didapati di dalam parti Islam ini. Sungguh memalukan. Hanya demi kuasa.

Ditambah pula dengan sikap yang aku lihat dari pemimpin teratas PAS yang mulutnya bertaraf kurang ajar. Cakap main lepas dan bahasanya agak kesat. Aku sesungguhnya malu.

Aku tidak bertaraf wali atau ulama, belajar agama setakat SPM. Tapi aku tahu juga Islam melarang kita berkasar dan kurang ajar.

Kalau pun ada sesetengah pihak berseloroh dan cuba mempertahankan perkataan kesat itu dengan mengatakan ianya hanyalah loghat, apakah yang buruk itu kita harus ikut dan keluarkan dari mulut kita? Islam mengajar kita berkata kesat kepada orang lain? Tambahan kamu-kamu adalah pemimpin Teratas dan bertaraf ulama.

Aku juga sering dengar, pemimpin teratas mendabik dada, PAS sudah lama dalam politik tanahair, tidak risau bersendirian dan tidak risau jika tidak menang satu pun kerusi parlimen.

Entah bagaimana manusia ini berfikir. Pertimbangan bagaimana yang dibuat olehnya ketika melontarkan kata-kata.

Tanpa kerusi parlimen, bagaimana nak memerintah dan seterusnya memartabatkan Islam?

Jika hari ini kau sudah berpolitik selama 1000 tahun sekalipun, itu tidak bererti kau sudah cukup hebat dan berpengalaman. Mungkin parti yang baru setahun itu lebih baik dari parti yang 1000 tahun. Jangan kau terlalu sombong mengatakan kau dan PAS adalah yang terbaik dari segalanya.

Tapi dari ulasan pemimpin - pemimpin teratas serta yang berpengaruh, seolah-olah, mereka tidak risau bersendirian dan seolah-olah mereka cukup hebat.

Aku sebagai pengundi muda, amat malu dengan situasi ini.

Pepatah melayu, ibarat padi, lagi tunduk lagi berisi.

Aku bimbang, kumpulan profesional di dalam PAS akan membalas apa yang erlaku dalam PAS mutahir ini semasa PRU 14 nanti.

Yang rugi PAS sendiri malah yang bersuka ria, sudah tentu UMNO!

Muktamar sudah berlalu, satu pesan aku untuk Mat Sabu, Hatta, Hanipah dan lain-lain. Teruskan kita bersama PAS dan pakatan rakyat. Jangan merajuk. Kerana musuh utama kita adalah UMNO-BN.

- penburukonline -

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kita hajar peminpin ulamak ni.jangan duduk dalam Pas ,keluar dulu biar kan mereka berjunag tanpa golongn pprofesioanl .biar mereka tahu bahawa langit itu tinggi,garam itu masin,gula itu manis,selam ini merekan tak merasa pahit maung berjuang dalam parti,keluar dulu dan berjuang dalam NGO dan sokong Pkatan ,insyaalh kamu semua ada tempat dalam hati rakyat.

aku berkata...

Merajuk pun ok juga biar puak2 ustaz yang wala dan pandai tu mentadbir parti kita tengok bagaimana nanti, kalau lebih berjaya alhamdulillah.kalau tak berjaya padan muka.

Tanpa Nama berkata...

Keluhan hati seorang anak muda yang mahu melihat perubahan tapi PAS mahu mengundur kebelakang macam cerita twilight zone

Tanpa Nama berkata...

Pemikiran tuan adalah hampir sealiran dengan pemikiran lima orang anak-anak saya. Esok lusa mungkin saya mati. Namun apa peranan yang dimainkan oleh tuan dan anak-anak saya serta beratus ribu lagi kalau tidak berjuta akan mencorakkan hidup matinya PAS. Benih-benih negatif sedang tumbuh sihat dan hasilnya akan dinikmati dalam setahun dua ini.

Tanpa Nama berkata...

tuan admin, pernyataan tuan sama seperti sy. Akan ttp dek kerenah serta mulut celupar pemimpin tertinggi bersama juak2 bodoh sombong lebai2 muda di bawah tu membuatkan saya@kaum kerabat sy mengambil keputusan utk tidak mengundi BN dan parti bongkak yg bernama pas pada pru nanti,insyaAllah..