Isnin, 29 Jun 2015

1MDB: Tankaplah seribu orang sekalipun ..

Siapa sangka, strategi yang digunakan untuk mencari 'kambing hitam' bagi menutup skandal songlap 1MDB dapat dipatah dengan mudah oleh bekas PM, Mahathir.

Kalau tanya makcik pakcik yang kurang akses mesti mereka akan cakap;

"ish ish ish , tak sangka, orang ni yang fitanh 1MDB"

dan setelah diracun oleh UMNO melalui media propaganda mereka, makcik pakcik yang total memberi undi tetap kepada mereka akan percaya begitu.

Bagi yang ada akai, cuba perhatikan apa yang Mahathir cakap. Tankap seribu orang pun kita peduli apa, tapi cuba jawab, pergi mana duit 1MDB?

Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penahanan Pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo kerana ia masih tidak menjelaskan
ke mana hilangnya wang 1MDB.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu memohon
maaf walaupun bekas Pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo diberkas di Thailand.

Bekas perdana menteri itu berkata, hakikatnya wang 1MDB masih hilang dan penahanan Justo tidak sesekali menjelaskan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

“Sesetengah orang sangat teruja mengenai Justo. Mereka sekarang berkata pengkritik perdana menteri perlu meminta maaf. Maaf untuk apa?

“Hakikatnya sejumlah wang yang banyak sudah hilang. Bolehkah Justo membawa kembali wang itu?” katanya menerusi kiriman terbaru di blog popularnya, chedet.cc
hari ini.

Dr Mahathir berkata tiada bukti menunjukkan dokumen yang didedahkan Justo sudah diganggu gugat dan bagaimana dia meniadakan fakta yang diakui Najib dalam
jawapan bertulis Parlimen.

Katanya, Justo menjelaskan pinjaman 1MDB AS$1.9 bilion kepada anak syarikat PSI adalah bagi mengurangkan risiko pegangan ekuiti.

“Memberi pinjam kepada rakan kerjasama yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko, bukan mengurangkannya.

“Memberi pinjam AS$1.9 bilion, di mana wang itu sekarang? Kerajaan tak menjelaskan. Adakah di Pulau Cayman, Singapura atau di mana?

“Wang berkenaan tidak dapat dipindahkan tanpa direkodkan bank terlibat. Pastinya Najib tahu. Wang tersebut belum kembali,” katanya.       

Justo ditahan di sebuah pulau di Thailand pada 22 Jun dan dihantar ke Bangkok keesokannya.

Dia dituduh membocorkan maklumat berkaitan 1MDB dan kini ditahan di Jabatan Jenayah Penindasan Polis Diraja Thailand.

Beberapa komputer, pemacu cakera keras dan alat penyimpanan data turut dirampas daripadanya, bagi membantu siasatan mengenai kebocoran e-mel antara PSI
dan 1MDB bagi tujuan peras ugut.

Justo dipercayai membocorkan dokumen kepada laman web berpangkalan di UK, Sarawak Report yang kemudiannya menyiarkan mengenai urus niaga kerjasama 1MDB-PetroSaudi
yang dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho bersama pasukannya pada 8 September, 2009 iaitu kurang sebulan sebelum ia ditandatangani.

Dalam urus niaga itu Low didakwa menyeleweng AS$700 juta ke sebuah syarikat kawalannya, dakwaan yang dinafikan. – 29 Jun, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

1mdb merosak BN, justro tak akan bantu panggil balik duit yg hilang. Sama juga pas dah terlajak mana boleh U-Turn PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

Duvid ka maruah ka