Isnin, 29 Jun 2015

Skandal MARA: Saksikan bagaimana 'orang luar' dedah pembohongan

Beberapa penilai hartanah bagi pangsapuri Dudley International House di Melbourne membuat perakuan bersumpah berhubung peningkatan nilai hartanah berkenaan
sekali gus menepis dakwaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), mereka membayar lebih rendah daripada harga pasaran, kata The Age.

Wartawan dan pengarang serantau akhbar Australia itu memberitahu The Malaysian Insider, berdasarkan bukti yang mereka perolehi dalam mendedahkan transaksi
membuktikan "terdapat keraguan yang munasabah" ke atas kenaikan harga dan amalan rasuah melibatkan pegawai Malaysia.

"Dakwaan nilai hartanah tidak melambung adalah palsu. Penilai mengakui dalam perakuan bersumpah di mahkamah harganya meningkat daripada AS$17.8 juta kepada
AS$22.5 juta," wartawan Nick McKenzie memberitahu The Malaysian Insider dalam emel yang dihantarnya semalam.McKenzie berkata, akhbar itu juga mempunyai
"invois palsu" bagi membuktikan sememangnya terdapat amalan rasuah.

"Kertas kerja ini semua juga boleh diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia. Ia sudah berada di tangan polis persekutuan Australia," katanya. Pembongkaran
itu susulan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang berjanji untuk mendedahkan lebih banyak bukti mengenai perjanjian berkenaan pada satu sidang media
pagi ini.

The Age sebelum ini melaporkan, hartanah itu dibeli anak syarikat Mara, Mara Inc dengan harga RM63.5 juta, walaupun ia bernilai RM51 juta ketika pembelian
dilakukan. Bakinya, kata akhbar itu, adalah sogokan kepada beberapa pegawai kanan Mara yang sudah dibawa pulang ke tanah air.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa dalam satu temu bual baru-baru ini berkata, nilai hartanah itu sebenarnya bernilai RM71 juta ketika pembelian dilakukan.

Pada sidang media pertamanya selepas kontroversi pembelian hartanah di Melbourne yang didedahkan akhbar harian Australia itu, Annuar berkata pembelian
berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi kemudiannya menafikan dakwaan tersebut.

Najib kemudiannya berkata, pembelian itu diluluskan secara konsensus Majlis Ekonomi yang dipengerusikannya sendiri.

Dalam satu temu bual lain bersama RTM beberapa hari kemudian, Annuar berkata Mara tidak kehilangan apa-apa wang selepas pembelian hartanah itu kerana nilai
pasarannya jauh lebih tinggi berbanding harga pembelian.

"Jika kita mengetahui yang hartanah itu bernilai RM51 juta seperti dilaporkan media, sudah tentu kita akan melakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga
yang lebih rendah," katanya.

Kita tidak kehilangan wang, kita buat wang," katanya. Bagaimanapun dakwaan itu juga dinafikan Pengarang Asia Pasifik The Age dan Sydney Morning Herald
John Garnaut.

"Apa sahaja penilaian yang dimasukkan perunding berbayar dalam hartanah ini adalah tidak relevan kepada laporan itu, di mana seorang pegawai Mara ditangkap
kerana merancang melakukan 'sogokan' semasa perjanjian itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Mereka mencuri AS$4.75 juta wang kerajaan Malaysia, wang pembayar cukai, dan kami mendokumenkan kes kecurian ini tanpa sebarang keraguan yang munasabah.
Apakah Annuar mahu berhujah pegawai agensi itu boleh terlepas daripada tuduhan mencuri lebih?".

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal turut menjelaskan pembelian hartanah itu mengikut prosedur dan juga menafikan pendedahan
The Age berhubung perkara itu. Shafie adalah Pengerusi Mara ketika perjanjian itu dijalankan pada 2013.

"Kalau ada persoalan berbangkit tentang adanya kenaikan harga, kita ada perjanjian dengan pihak penjual dengan pembeli, berapa (harga) yang dijual, penilaian
berapa... jadi, kalau ada tuduhan, kalau ada bukti, mereka boleh mengadu," kata Shafie.

The Age di dalam laporan eksklusif minggu lalu melaporkan Mara, melalui anak syarikat, Mara Inc, didakwa terbabit dalam penipuan hartanah kerana terlebih
membayar sejumlah AS$4.75 juta (RM13.68 juta) kepada pemaju sebuah bangunan pangsapuri di Melbourne.

Laporan berita itu turut menyatakan pegawai "tertinggi" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk
membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, lapor akhbar The Age sambil menggambarkan transaksi itu sebagai satu penipuan hartanah.

Akhbar Harian Australia berkata invois menunjukkan wang tambahan dibayar bagi perkhidmatan yang tidak wujud, termasuk "penasihat profesional" dan "perundingan
dan yuran penasihat".

Mara sedang menjalankan siasatan "dalaman" berhubung pembelian itu manakala polis Australia menjalankan serbuan di beberapa hartanah dan mengumpul bukti
mengenai urus niaganya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

"Aik mana ada rasuah...Pemimpin BN suci macam kain pampers baby....Saya sokong Najib 150%", mungkin begini kata-kata Tuang Presideng.