Sabtu, 30 Mei 2015

Tampar punggung sambil ucap kata-kata lucah

IPOH – Seorang pengurus sebuah pasar raya ditahan selepas didakwa mencabul tiga pembantu kedai, termasuk seorang gadis bawah umur, di Parit Buntar, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek berusia 36 tahun dilaporkan mencabul mangsa masing-masing berusia 16, 18 dan 19 sejak April lalu.

"Mangsa mendakwa tidak tahan dengan perbuatan suspek mencabul sejak mereka bekerja di situ.

"Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan," katanya.

Sinar Harian, semalam, melaporkan tiga gadis yang bekerja sebagai pembantu kedai trauma untuk ke tempat kerja setelah mendakwa dicabul pengurus mereka sejak sebulan lalu.

Mangsa dikatakan turut berdepan kemungkinan tidak menerima gaji dan diugut akan diberhentikan kerja sekiranya perkara itu tersebar.

Suspek bertindak menampar punggung mereka selain mengeluarkan kata-kata lucah semasa mereka bekerja.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: