Sabtu, 30 Mei 2015

Kabinet sudah rancang agar 1MDB dibubarkan

Perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar), akan menyaksikan hutang
1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkurangan kira-kira RM3.5 bilion dalam tempoh kurang daripada seminggu dari sekarang.

Difahamkan, menerusi beberapa transaksi tambahan yang mana butiran terperincinya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang, hutang 1MDB akan berkurang
lagi antara RM12.0 bilion dan RM12.5 bilion.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengumumkan 1MDB memeterai perjanjian ikatan dengan IPIC dan Aabar membabitkan pembayaran
sebanyak AS$1 bilion (RM3.6 bilion).

IPIC akan membayar AS$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun 2015, yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta (RM3.5 bilion), lebih awal
daripada tarikh akhir, kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Terdahulu pada hari ini beliau membentangkan pelan rasionalisasi 1MDB kepada Kabinet yang membabitkan rancangan pembubaran 1MDB dan penubuhan tiga syarikat
beroperasi kendiri.

Kabinet dimaklumkan bahawa IMDB dijangka dibubarkan, tetapi cabaran utama ialah paras hutangnya yang tinggi berjumlah RM42 bilion dalam akaun kewangan
terakhirnya.

Bagaimanapun, perjanjian yang dicapai dengan IPIC dan Aabar yang berpangkalan di Abu Dhabi itu akan membantu mengurangkan hutang sebanyak RM16 bilion dan
sebagai pertukaran, 1MDB akan menyediakan kepada IPIC dan Aabar sejumlah aset kewangan termasuk unit yang dipegang dalam akaun BSI Singapore syarikat.

Perbincangan juga sedang diadakan dengan beberapa pihak lain dan Kementerian Kewangan yakin dapat menyelesaikan semua hutang dan menyiapkan pembubaran
syarikat itu pada awal tahun depan. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: