Ahad, 17 Mei 2015

Siapa taja Ahmad Awang lawan Hadi?

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang disokong pihak yang mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama dicabar, kata Mingguan Malaysia.

Peluang Ahmad Awang menjadi presiden PAS menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS bulan depan dilihat tipis, tetapi beliau masih ada harapan menang kerana ada kuasa besar di belakangnya yang menyokongnya, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Melalui ruangan analisis Awang Selamat, akhbar milik Umno itu berpendapat, bekas naib presiden PAS itu tidak bersendirian tetapi disokong pihak yang mahu melihat Hadi dan ulama dicabar, terutamanya mereka yang dilabelkan sebagai golongan Anwarinas.

Selain itu, anggota Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang menurut Utusan, bersifat pro-DAP, juga menyokong bekas psuruhjaya PAS Perak itu.

"Awang tidak melihat keputusan Ahmad untuk bertanding akan memberi impak, beliau sudah dianggap pemimpin lesu dan tiada pengaruh. Atas kertas, peluangnya untuk menang tipis.

"Namun dengan munculnya Ahmad, golongan Anwarinas dan PasMa yang pro-DAP mendapat harapan baru untuk memberi tamparan kepada Hadi dan golongan ulama.

"Ahmad boleh mendakwa beliau membawa suara akar umbi, tetapi majoriti ahli PAS boleh mambaca apa yang tersirat," katanya. – 17 Mei, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

berita dari awang selamat jugak kau dengar..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, komentar dari akhbar yang berkali-kali kalah saman fitnah yang diambil sebagai sandaran mematahkan hujah lawan... sudah jadi fasikkah para pejuang ulama di dalam PAS ni.

Tanpa Nama berkata...

So apa makna kalau mingguan sokong hj hadi... Mesti calon tu calon yg disukai amno.. Calun yg boleh depa pakai nanti... Xkan xkenal dgn utusan... Mananya yg BN sokong tu serupa le dgn depa...

Tanpa Nama berkata...

Kalau mingguan sokong hadi tak semestinya hadi disukai umno. Pada saya, nawaitu mingguan nak mengkucar kacirkan PAS dan pengikut PAS yang tak memahami apa itu gerakan islam dan ciri-cirinya akan terperangkap. Sebab itu kena ada usroh, tamrin, menghadiri kelas pengajian. Mana mungkin nak menang dan dan ni.

Tengoklah gerakan islam ikhwan muslimin Mesir. Dah berapa banyak tali gantung menjerut leher-leher jemaah. yang dah jadi presiden pun dijatuhkan dan kan digantung juga.

PAS.....woo000oooo masih jauh. Sebab itu TGHA kata kemenangan gerakan islam akan mengambil masa.