Ahad, 17 Mei 2015

'pengadil bodoh' ... + Video panas penyokong Terengganu!

Video kekecohan di stadium Terengganu
INSIDEN KEKECOHAN DI STADIUM SULTAN MIZAN - TERENGGANU VS LIONS XII
Seramai 22 lelaki yang terbabit dalam insiden rusuhan penyokong ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu bertemu Lions XII, malam tadi direman empat hari hingga Rabu ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah, Muhammad Firdaus Abdul Rahim yang membenarkan semua mereka direman untuk siasatan lanjut.

Semua yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 36 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan, Seksyen 435 KK kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan dan Seksyen 427 KK kerana melakukan khianat.

Dalam insiden malam tadi, empat anggota polis turut cedera sementara lima kenderaan rosak termasuk sebuah ambulans yang dibakar.

Kekecohan tercetus berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap pengadil perlawanan yang menidakkan gol keempat pasukan itu selain layangan dua kad merah kepada pemain Terengganu.

INSIDEN KEKECOHAN DI STADIUM SULTAN MIZAN - TERENGGANU VS LIONS XII
Video kekecohan di stadium Terengganu

Susulan itu, penyokong Terengganu mula bertindak agresif dengan membaling objek termasuk botol air, bungkusan makanan serta air tin ke dalam padang dan membakar suar.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal kira-kira jam 11 malam apabila penyokong Terengganu bertindak memukul beberapa anggota polis serta melontarkan objek keras ke arah polis yang bertugas di dalam dan luar stadium.

INSIDEN KEKECOHAN DI STADIUM SULTAN MIZAN - TERENGGANU VS LIONS XII
Video kekecohan di stadium Terengganu
Keadaan itu memaksa bas membawa penyokong Lions XII menangguhkan perjalanan pulang dan difahamkan mereka berjaya keluar daripada kawasan stadium kira-kira jam 2.30 pagi, sementara pemain Lions XII 15 minit selepas itu.



* bola je pun, sampai nak pukul-pukul orang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: