Pereka permainan Android yang menampilkan watak mirip Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini melancarkan sebuah lagi permainan hampir sama dinamakan “Tampar Maslan” pula.
Permainan itu memberi peluang kepada pengguna telefon pintar yang kecewa dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk menampar antagonis tidak dinamakan, tetapi mirip Ahmad.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Vnbox Trading and Services Sdn Bhd (Vnbox) memberitahu Malaysiakini bahawa permainan itu sebahagian idea pemasaran “viral” bagi mempopularkan perkhidmatan mereka.
Semalam, permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan “Maslan 3.85 extended version” (atas), dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut, dikesan.
Diperkenalkan Vnbox Sdn yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepala pecah.
Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST.
Ahmad: Jangan hina ayah saya
Ahmad dalam tweetnya hari ini meminta orang awam dan pereka permainan itu tidak menghina bapanya.
“Ayah saya sudah tiada; tolong jangan hina dia. Maslan adalah seorang penoreh getah yang miskin dan buta huruf," tweet beliau hari ini.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
permainan yg mengasyikan :D
special post , waiting new post from you, contuning up good post
seru bgt game nya emg hehe
Catat Ulasan