Khamis, 14 Mei 2015

Panas!! Pergelutan mahasiswa dengan pihak keselamatan UIA dalam forum GST


Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar suara daripada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap.

Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rafizi diundang berucap dalam majlis itu.

Selepas tindakan itu, mahasiswa mengejek pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.

Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.

“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.

Seramai 300 orang menghadiri acara itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: