Rabu, 13 Mei 2015

Panas!! Lagi UMNO berantakan .. Mungkin pilihanraya kecil DUN Lenggeng?!

Malah dakwanya, ini merupakan salah satu muslihat daripada orang dalam parti untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng yang diisytiharkan muflis masih kekal sehingga rayuannya didengar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Datuk Ishak Ismail yang telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac telah mengemukakan rayuan atas keputusan itu.

“Oleh itu kita belum lagi membuat sebarang keputusan berdasarkan kepada pertimbanganm mahkamah atas rayuan itu.

“Masih belum ada tindakan buat masa ini,” katanya yang juga Ketua UMNO negeri.

Pada 18 Mac lalu, Datuk Ishak diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah selepas gagal menyelesaikan kembali pinjaman daripada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Sementara itu Ishak mendakwa bahawa beliau tidak menyedari bahawa dirinya telah diisytiharkan muflis.

Malah dakwanya, ini merupakan salah satu muslihat daripada orang dalam parti untuk menamatkan kerjaya politiknya.

“Saya tidak menerima apa-apa surat mahupun panggilan daripada mahkamah mengenai perkara itu mahupun sesiapa daripada UMNO.

“Perintah mahkamah dihantar pada 27 April lalu dihantar ke rumah saya di Seremban, sepatutnya ia dihantar ke Lenggeng kerana saya ADUN di sini,” katanya.

Katanya, dia turut memeriksa di Pejabat Pos Lenggeng berhubung surat itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Ishak berkata beliau menjadi penjamin bagi kontraktor yang membuat pinjaman RM2 juta yang mana ia sepatutnya dibayar RM4 juta.

Enggan mendedahkan identity kontraktor terbabit, Ishak berkata beliau telah memfailkan rayuan berhubung perkara itu pada 5 Mei.

“Perkara itu akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi esok,” katanya.

Fakta Keputusan PRU 13 n9 DUN LENGGENG NegeriSembilan


Datuk Ishak Ismail (BN) 7170
Zulkefli Mohamad Omar (Pas) 5112
Zulkifli Abdullah (Bebas) 812

Majoriti: 2,058

Pengundi:15,340

Pecahan Kaum:
Melayu- 74.61%
Cina - 15.59%
India - 6.83%
Lain2 - 0.25%

Jumlah Undi:13,347
Undi Rosak:186
Peratus Mengundi:87

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: