Rabu, 27 Mei 2015

Muktamar penentu, Pas tiada masalah bersendirian - Mohd Amar

Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bulan depan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau
terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh
cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam
organisasi."   

Beliau bagaimanapun berkata, Pas Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar  berkenaan. 

"Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada
cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya.   

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini
hari ini, ketika diminta mengulas mengenai beberapa serangan pimpinan DAP terhadap Pas kebelakangan ini terutama berkaitan isu hudud.  

Mohd Amar yang juga anggota jawatankuasa Pas pusat mengulangi pendirian bahawa parti itu mampu untuk berjuang bersendirian walaupun tanpa sokongan DAP
dan PKR dalam pakatan pembangkang.   

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, parti itu pernah melalui perjuangan secara solo selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan Angkatan Perpaduan
Ummah (APU) serta Barisan Alternatif (BA) dahulu.

"Kami sentiasa bersedia sebenarnya tapi kalau saya cakap, orang (kata macam) cakap sombong. Tapi macam saya sebut kami ada pengalaman bersendirian ...

kami akan hadapilah sebab kami sudah ada pengalaman itu," katanya. - Bernama

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: