Jumaat, 29 Mei 2015

Majlis Tempatan tanam pokok ganja!

Penemuan ribuan pokok ganja hidup subur menghiasi kawasan hijau di ibu negara Kazakhstan dan pihak berkuasa majlis perbandaran melancarkan satu siasatan
terperinci tentang hal yang mengejutkan tersebut.

Pada mulanya penduduk sekitar Astana yang berjalan di Auezova Street menyedari akan bau-bauan yang menyebabkan ramai berasa pening kepala serta khayal
seperti penagih dadah.

Susulan itu orang ramai telah memaklumkan kepada pihak berkuasa majlis tempatan dan pegawai bahagian landskap telah memulakan siasatan dan kemudian menyedari
tanaman hiasan tersebut sebenarnya adalah MARIJUANA!

Majlis bandar raya Astana segera mengarahkan penyiasatan dilakukan ekoran penemuan yang amat mengejutkan. 'Tanaman hiasan' itu melibatkan sehingga sepanjang
jalan utama yang mana telah ditanam ribuan spesies kanabis yang diharamkan pemerintah.

Siasatan awal merumuskan pokok ganja berkenaan mungkin ditanam secara tidak sengaja oleh pekerja landskap majlis tempatan yang tidak tahu ia adalah tumbuhan
narkotik atau memang ditanam sindiket dadah tertentu.

Seorang jurucakap firma kontraktor perkhidmatan tanaman bandar, Zelenstroy yang mendapat tender landskap oleh majlis tempatan berkata, mereka turut menjalankan
siasatan dalaman terhadap semua pekerja terlibat.

“Jika benar itu memang sah ganja, kami tidak teragak-agak membuang tumbuhan marijuana tersebut dengan segera dan digantikan kepada pokok hiasan lain,”
tegas jurucakap berkenaan dalam satu kenyataan media.

Seorang penduduk awam, Mihail Malorod yang merupakan individu pertama menyedari pokok narkotik itu mendakwa, tanaman spesies kanabis itu juga ditanam subur
di sepanjang bahu laluan Dzhangeldina Street.

Astana yang menggantikan Almaty sebagai ibu negara baharu Kazakhstan sejak 1997, merupakan bandar raya terancang dengan banyak landskap tanaman menghiasi
seluruh kawasan pentadbiran.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: