Jumaat, 29 Mei 2015

Biar saham FGV bernilai 10 sen sekalipun, kami tetap undi UMNO

Mungkin tak ramai sudah peneroka - penerokawati yang ada slogan seperti tajuk. Mungkin yang akan melaung - laung slogan itu terdiri dari mereka yang mempunyai kepentingan terus dengan UMNO atau pakcik makcik yang mendapat jawatan atau habuan dari UMNO.

Hakikatnya aku rasa, pengundi kawasan FELDA sudah sedikit sebanyak memterjemahkan undi mereka kepada pembangkang. Apa yang pembangkang gusar dan risau menjadi kenyataan. Bukan lagi propaganda mahupun hipokrit. Tetapi kebimbangan berasas.

Kini saham FGV sudah merudum. Kasihan generasi kedua dan ketiga yang dahagakan kesinambungan FELDA untuk mereka.

Bagi yang tetap tegar mengundi UMNO. Jangan menyesal atas kesilapan dulu. Terimalah seadanya.
"Harganya pernah melonjak sehingga RM5.50 sesaham pada 7 Julai 2012 iaitu iaitu ketika perasmian bangunan Menara Felda yang baru dan sambutan Hari Peneroka.

Maknanya, tidak sampai sebulan selepas pelancaran IPOnya pada 27 Jun 2012,"

ia mula jatuh sekitar RM4.60 seunit pada suku pertama 2014, RM2.21 seunit pada 23 Disember 2014 dan secara konsisten merudum
sehingga ke hari ini, 28 Mei iaitu RM1.92.

tren ini membimbangkan malah kebanyakan institusi penyelidikan komersial seperti Maybank Investment Bank Research, Affin Hwang Capital dan lain-lain
menjangkakan prestasi buruk itu akan berlarutan sehingga tahun kewangan 2017.

Tapi peduli ke makcik dan pakcik FELDA. Cukup dengan umpan beras, sardin dan gula?

Anak - anak peneroka perlu berttanggungjawab unntuk menerangkan kepada mak bapak mereka. Itupun kalau sayangkan generasi akan datang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

FELDA ni UMNO yang bagi.... kalau UMNO yang bagi aku rela UMNO yang jahanam kan. Tetap bersama UMNO, dulu kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

haram jadah sapa yg tak menyokong FGV

Tanpa Nama berkata...

Yang masalahnya..anak cucu peneroka yg menanggung derita...kau dh mmng jahanam,,,

Tanpa Nama berkata...

Soh TS Isa bg pelempang jepun sedas sorang sape yg tak song FGV

Tanpa Nama berkata...

Anak cucu felda boleh buat bisnes lain. Tak perlu bergantung saham felda. Itu sebagai win loose tak perlu ambil.