Isnin, 25 Mei 2015

Mahathir bangkit isu besar hari ini berkaitan Najib

Dr Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia sudah tentu dimaklumkan oleh penguasa kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore, yang dana itu bukan berbentuk wang tunai, tetapi ia dirahsiakan.

"Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang dilakukan apabila Najib menjawab soalan yang wang tunai disimpan dengan Bank BSI di Singapura," katanya.

Dr Mahathir berkata, mereka yang membuat laporan salah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

"Perkara yang amat serius sedang berlaku.

"Wang syarikat milik kerajaan yang dihutang dengan jaminan kerajaan sebanyak RM7 bilion tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan negara berkenaan dengannya.

"Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat," katanya.

* Aku tak pasti dan jelas kepada siapa Mahathir tujukan kesalahan undang-undang jenayah Seksyen 218. Jika kepada Najib, ia memang isu bbesar!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: