Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipanjangkan.
Beliau berkata ini kerana isu itu telah diputar-belitkan untuk memperlihatkan seolah-olah dalam urusan itu Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.
"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Belud .
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji bahawa ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB.
Najib berkata menjual tanah itu kepada sektor swasta merupakan urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh singkat.
"Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," katanya.
Semalam, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Tabung Haji mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tawaran daripada beberapa pembeli yang berminat.
-Bernama
* kah kah kah .. ini jawapan dari seorang Perdana Menteri?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
5 respon:
Jawapan dari Pak Cik jaga kat TH jauh lebih bernas dan lagi boleh dipercayai dari jawapan ketua lanun yang sedang melahap setiap inci wang dan harta rakyat.
Jika pelaburan TH dgn membeli tanah itu menguntungkan TH dan pendeposit, mengapa kelam kabut sangat tanah itu hendak dijual dlm masa terdekat? Sebagai pengerusi TH, dia sepatutnya mempertahankan prospek pelaburan itu dgn segala upaya yg ada, kenapakah ianya tidak berlaku? Bangkai gajah hendak ditutuk dgn kain pelikat, apakah rakyat tidak mampu lagi berfikir dimanakah logiknya?
hurm..era najib mmg betul2 menjahanamkam UMNO...
Bala najib sumpah laknat...bala tolak n persenda hukum ALLAH..dia mana tau halal haram..hukum jual beli dlm islam.
tunggu dan lihat siapa sangup beli tanah ini dengan harga tambahan 5 juta, besar kemungkinan sdr Rizal aziz akan membelinya kerana tanah itu ternilai.
Catat Ulasan