Ahad, 10 Mei 2015

1MDB: Rahsia besar yang perlu dibongkar

Pendedahan pembelian tanah milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang berlipat kali ganda lebih mahal telah menimbulkan persoalan baru kepada rakyat Malaysia – mengapa 1MDB mendapat tanah kerajaan dengan harga murah?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendedahkan kerajaan menanggung kerugian RM25 bilion kerana menjual tanah kepada 1MDB di bawah harga pasaran.

Rakyat Malaysia yang risau dengan masa depan negara tentunya tertanya-tanya mengapakah kerajaan boleh membuat keputusan merugikan itu? Kerajaan bertanggungjawab menjaga asetnya yakni aset milik rakyat.

Tindakan kerajaan menjual tanah kepada 1MDB di bawah harga pasaran yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian adalah perbuatan tidak amanah.

Kerajaan sepatutnya mendahulukan kepentingan rakyat seperti yang dilaungkan Datuk Seri Najib Tun Razak setiap kali berucap sehingga jelas kelihatan urat-urat di kepalanya.

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam sedikit masa lagi akan lupa kontroversi Tabung Haji tetapi persoalan mengapa 1MDB mendapat tanah dengan harga murah akan terus menjadi tanda tanya.

Penulis tidak nampak alasan tanah itu diberi atas dasar pembangunan untuk rakyat. Projek-projek yang dirancang di atas tanah itu hanya untuk orang kaya.

Sudah beli murah lepas itu jual dengan harga mahal. Mengapa? Tidak salah kalau orang menuduh 1MDB hampir muflis dan tidak mampu bayar hutang.

Pertanyaan Tun M, mana perginya baki RM27 bilion daripada RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB sehingga kini gagal dijawab oleh pihak pengurusan malah Najib pun terus membisu apatah lagi Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Jho Low.

Aset-aset yang disenaraikan milik 1MDB hanya bernilai lebih RM14 bilion manakala bakinya RM27 bilion tidak diketahui. Tun M kata wang itu mungkin dicuri atau dilenyapkan.

Berbalik kepada isu tanah, 1MDB telah membeli tanah di Jalan Tun Razak untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi.

Menurut Tun M, 1MDB membeli 70 ekar tanah di TRX pada harga RM320 juta iaitu RM64 per kaki persegi. Transaksi terakhir hartanah di kawasan itu adalah RM7,000 per kaki persegi.

IMDB juga membeli 495 ekar tanah di bekas lapangan terbang Tentera Udara Sg Besi ( kini dikenali Bandar Malaysia) pada harga RM363.5 juta iaitu RM91 per kaki persegi. Jika mengikut harga pasaran, tanah itu lebih kurang RM1,000 per kaki persegi. 1MDB membelinya berlipat kali ganda lebih murah!

Penulis mengambil hujah Tun M kerana lebih mudah untuk pemahaman kita khususnya yang kurang arif selok belok ekonomi.

Tanah di TRX adalah berdekatan dengan tanah yang telah dijual pada harga RM7,000 per kaki persegi. Jika diambil harga pasaran pada RM3,000 per kaki persegi sekalipun, nilai tanah TRX adalah RM 6 billion. Oleh itu kerajaan telah kehilangan pendapatan sebanyak RM5 billion kerana 1MDB hanya membayar sejumlah RM320 juta.

Bagi tanah di Lapangan Terbang Sg Besi pula, 1MDB membayar RM363.5 juta untuk 495 ekar tanah (RM91 per kaki persegi). Jika diambil harga pasaran sekitar RM1,000 per kaki persegi, kerajaan telah kehilangan pendapatan lebih kurang RM20 billion.

Perbuatan kerajaan menjual tanah dengan harga murah ini amat dikesali dan dianggap mengkianati amanah rakyat. Harta kerajaan adalah hak milik rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu bersatu menuntut penjelasan kerana kerajaan yang tidak amanah bukanlah kerajaan yang baik.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

ala kaseemmmm

Tanpa Nama berkata...

Haaahaa....rugi...