Isnin, 18 Mei 2015

Cuba rogol isteri rakan baik sendiri

KUALA TERENGGANU - 'Kawan makan kawan' itulah istilah tepat ditujukan kepada seorang lelaki yang tergamak ambil kesempatan dengan cuba merogol isteri rakan
baiknya semasa lelaki itu tiada di rumah, dalam kejadian di Paka, Dungun, Selasa lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 1 pagi itu, mangsa, 19, hanya tinggal berdua bersama anak lelakinya yang baru berusia tujuh bulan apabila suaminya yang
bekerja sebagai buruh dikatakan tiada di rumah kerana terpaksa menjalankan kerja luar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dikatakan sedang tidur itu
dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu rumahnya beberapa kali.

“Sebaik membuka pintu itu, mangsa terkejut melihat suspek yang dikenali itu berdiri di hadapan pintu lalu suspek bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh
sebelum meluru masuk ke dalam rumah.

“Setelah itu, suspek terus mengunci pintu rumah sebelum mencabul mangsa dan dipercayai cuba untuk merogolnya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa melawan, namun suspek yang juga rakan baik kepada suaminya itu bertindak mencekik lehernya
sambil mengacukan sebilah pisau ke arah mukanya.

“Suspek turut ugut akan bunuh mangsa sekiranya memaklumkan kejadian ini kepada suaminya itu sambil cuba hendak mencederakan mangsa dengan pisau di tangannya.

“Bagaimanapun, mangsa nekad melawan selamatkan diri serta maruahnya dan menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya.

Jelas Wan Abd Aziz, pada keesokan harinya, sebaik sahaja suaminya pulang, mangsa terus ceritakan kejadian itu menyebabkan suaminya bengang sebelum mengambil
keputusan mengajak mangsa mencari suspek.

“Namun, setibanya mereka di lokasi yang sememangnya menjadi tempat suspek melepak, suspek terus mengambil sebatang kayu lalu bertindak memukul suami mangsa,
namun dia sempat menyelamatkan diri.

“Tidak puas hati dengan tindakan suspek, suami mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Paka untuk tindakan susulan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Orang perempuan yg dikatakan golongan lemah itu, pun berani melawan suspek yg hendak mencabul demi maruahnya. Apakah Sialfool tidak melawan langsung ketika dia hendak diliwat 'tanpa rela' sebanyak 9 kali oleh seorang yg jauh lebih tua darinya? Bawa ky-jelli lagi sudahlah begitu one by one pula, jika diikutkan pertuduhannya. Nampak sangat pembohongan Sialfool itu. Ironinya hakim pun boleh percaya!!!