Rabu, 6 Mei 2015

Awas rakyat Johor!! Berita ini pasti buat anda kecut perut!!

Polis akan menangkap individu yang gagal membayar saman trafik terutamanya pesalah yang mempunyai waran tangkap selepas 15 Mei ini.

Ketua Polis Trafik Johor Superintendan Baharudin Mat Taib berkata selepas tarikh itu, pihaknya akan mengadakan Ops Warta bagi menangkap individu-individu berkenaan.

“Semua pesalah trafik ini boleh pergi ke mana-mana kaunter trafik untuk membuat semakan dan menjelaskan saman yang tertunggak terutamanya mereka yang telah dikeluarkan waran tangkap,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mereka yang telah dikenakan waran tangkap, hanya boleh membayar saman di kaunter trafik manakala saman-saman lain boleh dibuat menerusi laman web MyEG.

“Untuk Johor sahaja, dari tahun 2003 sehingga 2013, waran tertunggak adalah sebanyak 96,526 manakala waran semasa dari tahun lepas sehingga kini adalah sebanyak 53,525 yang menjadikan jumlah keseluruhannya 150,051 saman bernilai RM45 juta.

Setakat ini, sebanyak 1.59 juta saman telah dikeluarkan sejak tahun 2003 bagi seluruh Malaysia, kata Baharudin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: