Syed Ali (bawah) berkata ucapan timbalan presiden PKR, yang disifatkannya biadap, melampau batas dan kurang ajar itu, berbaur hasutan dan mengajak rakyat membenci pasukan keselamatan.
"Menteri Besar Selangor itu sudah melampau batas dan bersikap kurang ajar apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam," tegasnya.
Malam semalam, ketika berucap di Permatang Pauh, Azmin menyiku Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika bertanya sama ada anggota polis cawangan khas (SB) turut serta dalam acara itu.
"SB ada di belakang? Kalau ada datang depan. Saya tak takut.
“Beritahu ketua polis negara, tolonglah, nak jadi ketua polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?" kata Azmin disambut sorakan kira-kira 200 hadirin.
Azmin kemudian sekali lagi mengajukan soalan dan meminta hadirin menjawab sama ada Khalid menjaga keselamatan negara atau Umno.
'Mustahil Dr sertai pembangkang'
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali sependapat dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyertai pembangkang.
"Pada hemat saya, tidak mungkin Dr Mahathir akan membelakangkan Umno walaupun dia dilihat mengkritik kerajaan yang ada sekarang," ujarnya.
Dr Mahathir (kanan) ujar beliau, merupakan negarawan dan pemimpin Umno yang sayangkan kepada parti dan rakyat serta negara ini.
Menurut beliau, pembangkang sengaja memutarbelitkan teguran Dr Mahathir dengan mendakwa bekas perdana menteri itu menyebelahi mereka.
"Sepertimana dakwaan Mukhriz kononnya Dr Mahathir akan turun ke PRK (pilihan raya kecil) Rompin dan menyertai perhimpunan haram di Sogo baru-baru ini, jelas pembangkang sengaja memperalatkan nama Dr Mahathir untuk meraih sokongan," tegasnya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
nafilah mcmana pun, ungka di hutan pun tahu pulis byk buat keje utk umnu
nak buek guano dah mmg betui bar....!!!!
Catat Ulasan